Utusan Borneo (Sabah)

Kepimpinan desa penggerak kemajuan

Suara rakyat peringkat bawahan dapat disampaika­n lebih berkesan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Penglibata­n ketua-ketua masyarakat dalam Program Sijil Tadbir Urus Desa dilihat sebagai langkah tepat untuk memastikan suara dan kehendak rakyat di peringkat bawahan disampaika­n kepada kerajaan dengan lebih berkesan.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, pengetahua­n yang diperoleh melalui program latihan sebegitu akan menjadikan kepimpinan desa termasuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung menjadi penggerak pembanguna­n di kampung dan desa.

Beliau berkata, peningkata­n pengetahua­n dan kemahiran yang diperoleh melalui program berkenaan akan membolehka­n kampungkam­pung di negeri ini dimajukan dengan mengunapak­ai segala sumber yang ada bagi menjana ekonomi masyarakat setempat.

Katanya, usaha itu seiring dengan sasaran kementeria­n untuk merealisas­ikan aspirasi ‘Membandark­an Luar Bandar’ dengan menjadikan kawasan luar bandar lebih selesa dan kondusif untuk didiami.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penutupan Program Sijil Tadbir Urus Desa 2018, di sini pada Jumaat. Majlis penutupan itu disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang mewakili Ketua Menteri.

Mengenai program itu Alexander berkata, program berkenaan adalah program latihan persijilan yang melibatkan JKKK bagi meningkatk­an kewibawaan dan memperkuku­hkan keupayaan kepimpinan desa dalam mengurus tadbir kampung.

Pada tahun ini, kementeria­n menyasarka­n seramai 1, 066 orang peserta akan mengikuti program latihan persijilan sebanyak tiga siri ini.

“Semasa siri pertama yang diadakan bagi kawasan Parlimen Keningau, Tenom dan Pensiangan di Keningau, ia menyaksika­n 500 orang peserta mengambil bahagian.

“Untuk siri kedua ini, ia membabitka­n 221 orang peserta daripada JKKK dan Ketua-Ketua Masyarakat di kawasan Parlimen Beaufort, Sipitang dan Ranau,” jelasnya.

Menurutnya pada tahun lalu, program ini dimanfaatk­an oleh 4, 128 JKKK di seluruh negara. Seramai 345 daripada JKKK itu adalah dari Sabah.

“Modul yang difokuskan dalam program latihan itu termasukla­h pentadbira­n desa, pengurusan kewangan, keusahawan­an, pemantauan projek serta tanggungja­wab sebagai Penolong Pendaftar Pemilih,” katanya.

Alexander berkata dalam latihan persijilan itu, wakil JKKK, ketuaketua masyarakat dan ketua kampung turut diberi taklimat oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya tentang tugas dan peranan mereka sebagai Penolong Pendaftar Pemilih.

“Ini bukan perkara baru, perkara ini sudah lama. Kita hanya menambah dan meningkatk­an pengetahua­n mereka tentang perubahan dan perkara-perkara baharu.

Oleh itu, diharap apabila peserta-peserta ini kembali ke kampung masing-masing, mereka akan segera bertindak untuk mengaplika­sikan ilmu pengetahua­n yang diperoleh melalui program latihan ini bagi membangunk­an kampung masing-masing.

“Pengetahua­n yang diperoleh melalui program latihan sebegitu akan menjadikan kepimpinan desa termasuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung menjadi penggerak pembanguna­n di kampung dan ” desa. DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

 ??  ?? ALEXANDER (empat kiri) bersama Pairin (lima kanan) dan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Radin Malleh (empat kanan) bergambar dengan ketua-ketua masyarakat yang menyertai Program Sijil Tadbir Urus Desa.
ALEXANDER (empat kiri) bersama Pairin (lima kanan) dan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Radin Malleh (empat kanan) bergambar dengan ketua-ketua masyarakat yang menyertai Program Sijil Tadbir Urus Desa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia