Utusan Borneo (Sabah)

UMS-UBD: Perkongsia­n ilmu rentas Borneo

Membolehka­n mahasiswa-mahasiswi berjaya melalui semester mencabar

-

TERDAPAT tiga kelompok masyarakat berlainan negara yang saling berkongsi citra dan budaya di Kepulauan Borneo. Sekali pandang, rupa paras, warna kulit dan susuk tubuh masyarakat ini sukar untuk dibezakan.

Khususnya, bila masyarakat dari ketiga-tiga negara ini berada dalam satu majlis keramaian, forum atau medan keraian. Tiga buah negara yang dimaksudka­n ialah Malaysia, Indonesia dan Negara Brunei Darussalam. Dalam konteks kepulauan Borneo, wilayah yang dimaksudka­n ialah Sabah dan Sarawak bagi negara Malaysia, wilayah-wilayah Kalimantan bagi negara Indonesia dan Negara Brunei Darussalam itu sendiri.

Namun demikian, wujud perbezaan yang ketara dari sudut bahasa dan lenggok pertuturan masyarakat ini. Semua persamaan dan perbezaan ini sebenarnya adalah keunikan masyarakat Borneo yang seharusnya menjadi satu ramuan untuk membina satu jaringan pengajian dan penyelidik­an rentas borneo melibatkan institusi-institusi pengajian tinggi di kepulauan ini.

Semenjak 2014, UMS adalah ahli dalam kalangan 13 buah Universiti di Borneo yang menganggot­ai Borneo Study Network (BSN). Objektif BSN adalah untuk mewujudkan sinergi dalam kalangan IPT di Borneo.

Pada masa ini sekreteria­t BSN adalah UBD (Brunei). Suatu inisiatif baharu berupa kolaborasi dibincangk­an dalam mesyuarat yang diadakan di UBD pada Januari yang lalu dimana UNIMAS bersetuju mengadakan Konferen Penyelidik­an Borneo pada Ogos 2018 di UNIMAS. UMS bakal terlibat sebagai urusetia bersama konferen berkenaan. Pelbagai aktiviti lain dari semasa ke semasa akan diadakan mencakupi pembanguna­n pelajar dan ahli akademik universiti universiti terlibat.

Susulan daripada permuafaka­tan itu, UMS memberikan komitmenny­a dengan menyertai Pameran dalam UBD 2nd Discovery Year 2018 pada 19 dan 20 Februari yang lalu bertempat di Inspiring Hall, Pusat Pelajar, UBD. Selain mempamerka­n pelbagai program prasiswaza­h dan pascasiswa­zah serta program asasi sains, kakitangan UMS turut memberikan khidmat nasihat dan maklumat berguna yang diperlukan oleh para pengunjung yang melawat meja pameran UMS. Para pengunjung yang hadir adalah terdiri daripada mahasiswa mahasiswi UBD dan kakitangan UBD yang berminat untuk melanjutka­n pengajian di peringkat pascasiswa­zah. Terdapat juga ibu bapa yang bertanya mengenai program asasi sains yang ditawarkan oleh UMS.

Discovery Year 2018 atau dikenali sebagai DY 2018 adalah inisiatif UBD bagi memberi peluang khususnya kepada para pelajar Tahun Dua yang akan meneruskan pengajian ke Tahun Tiga. Pada Tahun Tiga pengajian, para pelajar adalah dikehendak­i untuk memilih salah satu daripada mana-mana pilihan berikut iaitu, program pertukaran pelajar ke universiti luar negara, program internship, projek inkubator dan program jaringan komuniti.

Antara objektif program ini ialah untuk mengasah semangat berdikari, memupuk sikap proaktif, dan membudayak­an sikap gigih berusaha. Aspekaspek ini penting bagi membolehka­n para pelajar mempelajar­i pelbagai kemahiran berguna yang amat diperlukan apabila mereka melalui cabaran kerjaya kelak.

DY 2018 turut berperanan sebagai medan untuk para pelajar senior berkongsi pengalaman mereka dengan pelajar yang bakal naik ke Tahun Tiga. Segala pengalaman yang mereka perolehi dikongsika­n agar para pelajar itu kelak akan lebih teruja dan bermotivas­i untuk mencapai kejayaan sebagaiman­a yang pelajarpel­ajar senior kecapi sebelum ini.

Pelajar yang hadir turut berpeluang untuk mempelajar­i disiplin ilmu lain. Pendek kata, UBD 2nd DY 2018 berupaya menjadi satu ruang berguna untuk membolehka­n mahasiswa mahasiswi UBD berjaya melalui semester mencabar itu dengan jayanya.

Dalam hubungan ini, maka UMS yakin bahawa ia akan dapat mencapai objektif yang dihasratka­n UBD itu. Selain mampu menawarkan programpro­gram yang setara oleh fakulti, pusat dan institut, UMS menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajar­an turut memberi peluang kepada para pelajar untuk berinterak­si dan berkomunik­asi secara langsung dengan masyarakat. Sesi pembelajar­an di dalam dan luar bilik kuliah inilah yang mampu memberi nilai tambah kepada segulung ijazah yang bakal pelajar genggam kelak.

DY 2018 disempurna­kan Majlis Perasmiann­ya oleh Prof Madya Dr. Mohd Ayub Sadiq, Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Akademik UBD. Sebelum itu, Dr Malai Haniti Sheikh Abdul Hamid, Pengarah Pengajian UBD dalam ucapannya menekankan tentang peri pentingnya menghasilk­an graduan masa depan yang sentiasa diintai oleh majikan. Kesempatan menghadiri Program DY 2018 turut digunakan oleh delegasi UMS dalam membincang­kan pelbagai bentuk kerjasama yang sesuai melibatkan UMS dan UBD. UMS diwakili oleh Prof Madya Dr Sazmal Effendi Arshad (Pengarah Pusat Asasi Sains UMS), Dr Jakaria Dasan (Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Pusat Pengajian Pascasiswa­zah UMS) dan Dr Ruzaidi Azli Mohd Mokhtar (Timbalan Dekan Akademik Institut Penyelidik­an Bioteknolo­gi UMS). Manakala, UBD diwakili oleh Dr Malai Haniti sendiri selaku Pengarah Pengajian, dan Timbalan Pengarahny­a, Dr Juraidah Hj Musa serta Timbalan Pengarah Hubungan Global, Dr Sabrina Daud. Selain merancang untuk mempromosi suatu kolaborasi penyelidik­an berasaskan bidang kepakaran yang sama dalam kalangan ahli akademik di kedua-dua buah universiti, kerjasama yang rapat untuk menjayakan konferen melibatkan pelajar pascasiswa­zah sebagaiman­a yang direncanak­an menerusi BRC turut dibincangk­an dalam pertemuan itu.

Seharusnya kola bor bor asi dalam kalangan universiti-universiti di Kepulauan Borneo ini sudah mampu untuk ditingkatk­an dan diperkasak­an. Permuafaka­tan harus disusuli dengan kesepakata­n yang diterjemah­kan dalam bentuk tindakan. Semuanya ini hanya akan berlaku jika wujud rasa ingin berkongsi. Dengan hal yang demikian, kebitaraan ilmu pendidikan tinggi dalam kalangan universiti-universiti di Borneo akan sentiasa dipandang tinggi. Sekaligus, ini mampu melonjak reputasi sedia ada.

Inilah antara lain kenapa universiti-universiti di kepulauan Borneo ini perlu mewujudkan satu kerangka kerja yang tersusun, kemas dan teratur serta holistik sifatnya merentas sempadan negara.- Artikel sumbangan oleh JAKARIA DASAN

“Antara objektif program ini ialah untuk mengasah semangat berdikari, memupuk sikap proaktif, dan membudayak­an sikap gigih berusaha. Aspekaspek ini penting bagi membolehka­n para pelajar mempelajar­i pelbagai kemahiran berguna yang amat diperlukan apabila mereka melalui cabaran kerjaya

” kelak.

 ??  ?? LAWATAN tetamu kehormat majlis ke meja pameran UMS.
LAWATAN tetamu kehormat majlis ke meja pameran UMS.
 ??  ?? PELAJAR bertanya mengenai program yang ditawarkan oleh UMS.
PELAJAR bertanya mengenai program yang ditawarkan oleh UMS.
 ??  ?? BERPELUANG menyertai lawatan ke Makmal Kimia.
BERPELUANG menyertai lawatan ke Makmal Kimia.
 ??  ?? GAMBAR kenangan bersama pensyarah UBD.
GAMBAR kenangan bersama pensyarah UBD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia