Utusan Borneo (Sabah)

SHC tekad tawan puncak bukit dan gunung

- Oleh ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN

MENAWAN bukit demi bukit, gunung demi gunung, puncak demi puncak, menjadi idaman ahli-ahli Persatuan Pendaki Sabah atau lebih dikenali dengan nama Sabah Hikers Club (SHC).

Terkini SHC terus melakar kejayaan dengan menawan Puncak Silam, yang kini makin popular sebagai destinasi pelanconga­n terkenal di daerah Lahad Datu.

Seramai 35 ahli SHC mendaki Puncak Silam yang memiliki ketinggian kira-kira 883 meter dari paras laut dengan laluan pendakian yang mencabar sejauh 3.5 kilometer.

Banyak kebaikan yang diperolehi melalui aktiviti pendakian, kata Pengerusi SHC, Nasip Asintu.

“Dengan menyertai kelab ini, kita membina kesihatan melalui aktiviti pendakian atau hiking dalam grup berdasarka­n kemampuan diri sendiri,” katanya.

“Ia juga membina tali persahabat­an dan mengeratka­n tali selaturahi­m serta menjalinka­n kasih sayang sesama ahli melalui grup ini,” katanya.

“Cintailah dan nikmatilah alam semula jadi ciptaan Allah dan nikmatilah kegembiraa­n dan kepuasan hidup bersama rakanrakan pendaki apabila anda berjaya mendaki kemuncak,” katanya.

Beliau berkata, Puncak Silam adalah salah satu puncak yang berjaya ditawan oleh SHC.

“Sepanjang perjalanan ke puncak silam, kita dapat bernafas dengan segar melalui karbon dioksida, dari daunan, rumput dan lumut hijau yang cukup memberikan inspirasi,” katanya.

“Banyak lagi puncak lain yang ingin didaki,” kata Nasip yang terpilih sebagai pengerusi dalam Mesyuarat Agung SHC yang diadakan sebelum itu. Beliau berjaya mengekalka­n kedudukann­ya sebagai Pengerusi SHC bagi tempoh 2018 - 2019.

Antara tempat yang menjadi matlamat pendakian ahli-ahli SHC ialah Tumunung Hallu pada 25 Februari dan selepas itu, 25 ahli SHC akan membuat pendakian di Gunung Kinabalu pada 17 Mac 2018.Empat pendaki akan mendaki Gunung Rinjani di Lombok pada 26 April hingga 2 Mei 2018.

“Melalui aktiviti mendaki kita dapat menghargai alam semulajadi yang Allah jadikan untuk kita nikmati,” katanya sambil menambah SHC akan meneruskan aktiviti sesuai dengan objektif dan matlamat penubuhan persatuan itu.

 ??  ?? AHLI-ahli Sabah Hikers Club mengambil peluang untuk bergambar bersama barisan kepimpinan baru SHC selepas mesyuarat agung kali pertama selesai.
AHLI-ahli Sabah Hikers Club mengambil peluang untuk bergambar bersama barisan kepimpinan baru SHC selepas mesyuarat agung kali pertama selesai.
 ??  ?? PENDAKI melakar kejayaan menawan puncak Silam.
PENDAKI melakar kejayaan menawan puncak Silam.
 ??  ?? EMPAT pendaki yang akan ke Gunung Rinjani.
EMPAT pendaki yang akan ke Gunung Rinjani.
 ??  ?? NASIP ASINTU
NASIP ASINTU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia