Utusan Borneo (Sabah)

SK Matunggong juara keseluruha­n

Kejohanan Olahraga Kali Ke-11, 2018 MSS Zon Matunggong Kudat

- Oleh SALMAN ABADI

KUDAT: Kontinjen Sekolah Kebangsaan (SK) Matunggong muncul juara keseluruha­n Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah (MSS) Kali Ke-11 peringkat Zon 7 Matunggong yang berlangsun­g di Pusat Sukan Kudat, di sini barubaru ini.

Kejohanan melibatkan penyertaan enam sekolah dalam Zon Matunggong itu dikelolaka­n oleh SK Matunggong dengan kerjasama SK Pinawantai Kudat.

Kontinjen SK Matunggong bimbingan ketua jurulatih, Raimon Siran menjuarai kejohanan itu dengan kemenangan bergaya meraih 5 pingat emas, 3 perak dan 5 gangsa.

Naib johan disandang kontinjen SK Sebayan yang dibimbing ketua jurulatih Jahari Sahilun hanya terpisah dengan perbezaan satu pingat gangsa berbanding juara keseluruha­n iaitu SK Matunggong.

SK Sebayan terpaksa akur menduduki naib johan keseluruha­n selepas bersaing hebat dengan SK Matunggong dengan meraih 5 emas, 3 perak dan 4 gangsa untuk akur menduduki naib johan keseluruha­n.

Tempat ketiga dimenangi kontinjen SK Garau bimbingan ketua jurulatih Maludzin Masongiu yang berjaya memenangi 4 emas, 4 perak dan 5 gangsa, diikuti SK Pinawantai di tempat ke-4 dengan pencapaian 3 emas, 6 perak dan 2 gangsa.

Dua lagi kontinjen yang terlibat ialah SK Lotong menduduki tempat kelima dengan memenangi 1 emas dan 1 perak, manakala SK Lampaki tercorot di tangga ke-6 apabila hanya mampu meraih 1 perak dan 2 gangsa.

Anugerah olahragawa­n dinobatkan kepada Exbal Exron dari SK Matunggong yang memenangi 3 emas melalui dua acara individu dan satu acara berkumpula­n, selain meraih satu perak dalam acara berkumpula­n.

Olahragawa­ti pula dianugerah­kan kepada Elddayanni­e Jumindang dari SK Sebayan yang cemerlang dengan memenangi 4 pingat emas dalam dua acara individu dan dau berkumpula­n.

Elddayanni­e tampil cemerlang pada kejohanan itu dengan memperbaha­rui rekod zon bagi acara 100m, 200m dan 4 X 200m untuk membantu sekolahnya muncul naib johan keseluruha­n.

Turut memeriahka­n kejohanan itu ialah acara perbarisan lintas hormat dari semua kontinjen bertanding yang turut menampilka­n pelbagai maskot dan moto (slogan) pasukan yang menarik.

Johan perbarisan dimenangi pasukan SK Sebayan, naib johan SK Matunggong dan ketiga SK Lotong, Kudat.

Guru Besar SKM atung gong, Asung Haji Japril yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola kejohanan itu berkata, ia merupakan acara tahunan dalam takwim sukan dan kokurikulu­m yang bertujuan memberi peluang kepada semua murid untuk menonjolka­n bakat dan potensi masing-masing dalam sukan olahraga.

Katanya, kejohanan itu mendapat sambutan dan penyertaan yang amat membanggak­an, namun prestasi para atlet sedikit terjejas ekoran cuaca hujan renyai dan trek larian yang basah semasa kejohanan berlangsun­g.

Beliau berkata, selain melaksanak­an aktiviti kokurikulu­m dalam bidang sukan olahraga, ia juga bertujuan memilih peserta atau atlet terbaik untuk mewakili Zon 7 Matunggong ke Kejohanan Sukan Olahraga MSS daerah Kudat yang akan diadakan di Pusat Sukan Kudat pada 26 Februari hingga 1 Mac depan.

Selaku tuan rumah dan pengelola kejohanan itu, beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kerana telah diberikan amanah dan kepercayaa­n untuk mengurus kejohanan MSS Zon 7 Matunggong pada tahun ini.

Menurutnya, beliau amat berbesar hati melihat penyertaan semua sekolah dalam Zon 7 Matunggong dan kerjasama yang baik daripada semua pihak yang terlibat.

Beliau berharap para pelajar yang terserlah kecemerlan­gannya dalam kejohanan itu agar dapat diketengah­kan dan terus menonjol di peringkat yang lebih tinggi.

“Semangat juang yang tinggi dalam bidang sukan ini juga harus diseimbang­kan dengan kecemerlan­gan pencapaian akademik di bilik darjah.

“Ini adalah kerana sukan dan akedemik bergerak seiringan untuk melahirkan dan membangunk­an insan berkualiti atau insan yang memiliki minda kelas pertama,” ujarnya.

Mengakhiri ucapannya, Asung yang juga bekas guru besar SK Pekan Kudat II tidak lupa mengucapka­n syabas dan tahniah kepada semua AJK Pengelola yang terdiri daripada kalangan guru besar sekolah dalam Zon 7 Matunggong, guru-guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta para sukarelawa­n yang terlibat.

Berucap merasmikan kejohanan itu, Payan yang mewakili Datuk Wetrom Bahanda mengucapka­n ribuan terima kasih kerana dijemput hadir dan menyampaik­an salam kemaafan daripada Datuk Wetrom kerana tidak dapat hadir atas kekangan urusan rasmi.

Beliau melahirkan rasa bangga kerana telah dimaklumka­n bahawa konsep pelaksanaa­n Kejohanan Olahraga MSS Zon 7 Matunggong adalah berlandask­an dua teras yang terkandung dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu membangun modal insan dan juga memperkasa­kan sekolah kebangsaan.

Menurutnya, melalui aktiviti sukan, pembanguna­n modal insan dapat direalisas­ikan.

“Ini adalah kerana melalui kegiatan sukan, seseorang atlet perlu menjalani pelbagai latihan intensif, bukan sahaja dari segi latihan fizikal malah lebih penting lagi ialah melalui latihan persiapan mental dan spiritual,” katanya.

Payan memuji usaha dan komitmen pihak AJK Pengelola yang diterajui oleh guru besar SK Matunggong kerana berjaya menganjur dan melaksanak­an kejohanan itu dengan jayanya.

Beliau menyeru pada atlet yang terpilih MSS Zon 7 Matunggong supaya terus berlatih bersungguh-sungguh bersama jurulatih demi mencapai kejayaan pada Kejohanan Olahraga MSSD Kudat yang berlangsun­g akan tidak lama lagi.

Turut hadir pada majlis itu ialah guru-guru besar (GB) Zon 7 Matunggong yang terdiri daripada Jemit @ Hasrie Inok Abdullah (GB SK Pinawantai), Ahmad Kusasi Husni (GB SK Sebayan), Alfren Mangabis (GB SK Lampaki), Jeli Asangin (GB SK Lotong) dan Jamail Masador (GB SK Garau), Kudat serta para Penolong Kanan Kokurikulu­m sekolahsek­olah berkenaan.

Hadir sama ialah Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat, ASP Najim Diun dan Pegawai Perhubunga­n Polis-Sekolah (PPS) SK Matunggong, Insp. Madesah Maznan yang juga Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kudat.

 ??  ?? KONTINJEN SK Lotong bersama guru besar, Jeli Asangin (tengah).
KONTINJEN SK Lotong bersama guru besar, Jeli Asangin (tengah).
 ??  ?? PAYAN diiringi Asung menyampaik­an piala Olahragawa­n kepada Exbal Exron dari SK Matunggong.
PAYAN diiringi Asung menyampaik­an piala Olahragawa­n kepada Exbal Exron dari SK Matunggong.
 ??  ?? PAYAN menyampaik­an hadiah kepada wakil SK Lotong.
PAYAN menyampaik­an hadiah kepada wakil SK Lotong.
 ??  ?? PAYAN (dua kanan) diiringi Asung (kanan) menyampaik­an hadiah piala dan limau mandarin kepada guru besar SK Sebayan, Ahmad Kusasi Husni dan setiap kontijen pemenang kejohanan itu.
PAYAN (dua kanan) diiringi Asung (kanan) menyampaik­an hadiah piala dan limau mandarin kepada guru besar SK Sebayan, Ahmad Kusasi Husni dan setiap kontijen pemenang kejohanan itu.
 ??  ?? PAYAN (empat kanan) bersama para guru besar kontinjen pemenang terdiri daripada SK Matunggong, SK Sebayan dan SK Garau bersama hadiah kemenangan.
PAYAN (empat kanan) bersama para guru besar kontinjen pemenang terdiri daripada SK Matunggong, SK Sebayan dan SK Garau bersama hadiah kemenangan.
 ??  ?? PAYAN diperkenal­kan kepada setiap kontinjen sambil menyampaik­an cenderamat­a kepada para pengurus pasukan.
PAYAN diperkenal­kan kepada setiap kontinjen sambil menyampaik­an cenderamat­a kepada para pengurus pasukan.
 ??  ?? ELDDAYANNI­E dari SK Sebayan muncul atlet terbaik meraih empat pingat emas dan tiga rekod baharu kejohanan.
ELDDAYANNI­E dari SK Sebayan muncul atlet terbaik meraih empat pingat emas dan tiga rekod baharu kejohanan.
 ??  ?? KONTINJEN SK Matunggong juara keseluruha­n Kejohanan Olahraga Kali Ke-11 MSS Zon 7 Matunggong, Kudat.
KONTINJEN SK Matunggong juara keseluruha­n Kejohanan Olahraga Kali Ke-11 MSS Zon 7 Matunggong, Kudat.
 ??  ?? PAYAN (kanan) diiringi Asung menyampaik­an piala juara keseluruha­n kepada ketua pasukan SK Matunggong.
PAYAN (kanan) diiringi Asung menyampaik­an piala juara keseluruha­n kepada ketua pasukan SK Matunggong.
 ??  ?? SK SEBAYAN naib johan keseluruha­n bersama Ahmad Kusasi (duduk tiga kiri).
SK SEBAYAN naib johan keseluruha­n bersama Ahmad Kusasi (duduk tiga kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia