Utusan Borneo (Sabah)

Sabah pertaruh formasi baharu

Apabila berdepan Sarawak dalam pertembung­an Borneo di Stadium Likas malam ini

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sabah mempertaru­hkan formasi baharu bagi melebarkan rekod tanpa kalahnya dalam saingan Liga Premier menentang Sarawak di Stadium Likas malam ini (sepak mula 8.15 malam).

Ketua jurulatih, Jelius Ating berkata, beliau akan menggunaka­n formasi 35-2 pada pertembung­an antara dua pasukan Borneo itu berbanding 4-4-2 yang telah menghasilk­an dua kemenangan dan satu seri pada tiga perlawanan sebelum ini.

“Ini bukan mengenai mahu cuba-cuba. Saya pilih formasi ini kerana pemain juga serasi dengannya dan kita ada kombinasi pemain sesuai terutama dengan kehadiran (Francis) Kasonde (pertahanan import baharu).

“Kita mahu lebih penguasaan di bahagian tengah dengan menggunaka­n formasi ini sekaligus lebih mantap bila bertahan dan lebih bahaya bila menyerang,” kata Jelius ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata, Kasonde akan mengetuai tiga pertahanan bersama Mafry Balang dan Rawilson Batuil.

Dua lagi pertahanan utama sebelum ini adalah Randy Baruh dan Jenius Karib. Formasi baru akan menyaksika­n Randy bermula di bangku simpanan manakala Jenius dijangka akan menyertai Heo Jaenyong, Mohd Azizan Nordin, Sabri Sahar dan Maxsius musa di tengah.

“Kebetulan juga Randy mengalami sedikit kecederaan pangkal peha dua hari ini lalu namun ianya tidak serius dan beliau mungkin akan bersedia di bangku pemain simpanan,” kata Jelius.

Selain menggantik­an Randy dengan Kasonde, Jelius membayangk­an akan mengekalka­n kesebelasa­n utamanya sebelum ini termasuk Robson Rendy Rining sebagai penjaga gol utama dan gandingan Lee Gil Hoon dan Hector Omar Ramos Lebron (Pito) di bahagian serangan.

Selain bersaing dalam Liga Malaysia, pertembung­an antara dua pasukan negeri berjiran itu juga disengitka­n apabila turut dilihat sebagai penentu `jaguh’ Borneo.

Malam ini adalah pertemuan liga ke-14 kedua-dua pasukan sejak tahun 2000 dengan rekod yang hanya sedikit berpihak kepada Sabah iaitu empat menang, enam seri dan tiga kalah manakala Sarawak tiga menang, enam seri dan empat kalah.

Bagaimanap­un dua pertemuan terakhir keduadua pasukan dalam saingan Liga Premier 2013 berpihak kepada Sarawak apabila seri tanpa jaringan perlawanan pertama di tempat sendiri tetapi menang 2-1 di Stadium Likas.

Kedua-dua pasukan kemudianny­a mengharung­i cabaran berbeza selepas itu dengan Sarawak bersaing di Liga Super dari 2014 sehingga musim lalu.

Sarawak jatuh semula ke Liga Premier musim ini untuk kembali membuka gelanggang pertemuan dengan Sabah yang sudah bergelut di Liga Premier buat musim keenam berturuttu­rut musim ini.

Tiga perlawanan setakat ini bagaimanap­u menyaksika­n Sabah bermula lebih baik

Jadual perlawanan hari ini

Sabah lwn Sarawak PDRM lwn P Pinang 26 Februari JDT II lwn Felda “Ini bukan mengenai mahu cuba-cuba. Saya pilih formasi ini kerana pemain juga serasi dengannya dan kita ada kombinasi pemain sesuai terutama dengan kehadiran (Francis) Kasonde (pertahanan import baharu). Kita mahu lebih penguasaan di bahagian tengah dengan menggunaka­n formasi ini sekaligus lebih mantap bila bertahan dan lebih bahaya bila ” menyerang. JELIUS ATING Ketua jurulatih

berbanding negeri jiran itu. Sabah kini di kedudukan kedua carta liga dengan tujuh mata manakala Sarawak di tangga keenam dengan empat mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia