Utusan Borneo (Sabah)

Juil ajak penyokong kuatkan lagi sokongan

- BINGKASAN Oleh VITALIS G.

KOTA KINABALU: Pengurus pasukan Datuk Juil Nuatim (gambar) mengharapk­an sokongan lebih padu penyokong apabila Sabah melayani kunjungan Sarawak pada saingan Liga Premier di Stadium Likas malam ini (sepak mula 8.15 malam).

“Kita sudah membuat permulaan yang baik dalam tiga perlawanan pertama tetapi perjalanan masih panjang dan tentunya akan semakin mencabar.

“Kehadiran penyokong telah semakin bertambah dan kita berharap ianya akan lebih ramai malam esok (malam ini) dan perlawanan-perlawanan akan datang terutama apabila Sabah bermain di gelanggang sendiri,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Mengenai kemungkina­n penggunaan formasi baharu oleh Jelius Ating malam ini, Juil berkata, ia adalah keputusan dan dalam bidang kuasa ketua jurulatih itu.

Jelius dijangka akan menggunaka­n formasi 35-2 berbanding 4-4-2 yang digunakan pada tiga perlawanan sebelum ini.

“Apa juga tindakan yang kami lakukan adalah demi kebaikan pasukan. Kami ada peranan masing-masing dalam pasukan. Saya juga tidak akan campur tangan dengan apa juga keputusan yang dalam bidang kuasa ketua jurulatih.

“Saya juga yakin dan percaya bahawa apa juga keputusan dan tindakan yang Jelius buat adalah demi kebaikan pasukan dan sewajarnya diberi sokongan penuh. Saya juga mengajak semua penyokong terus memberi sokongan kepada Jelius dan pasukan,” katanya.

Juil berkata, pasukan kini berada dalam suasana yang baik dan telah berkerja keras dalam latihan persiapan bagi meneruskan misi mengutip mata penuh di gelanggang sendiri.

“Saya harap kita dapat menikmati perlawanan esok (malam ini) dan menyaksika­n pasukan kita keluar sebagai pemenang. Mengutip mata penuh setiap perlawanan di gelanggang sendiri adalah antara sasaran kita musim ini.

“Kita telah melakukann­ya pada dua perlawanan sebelum ini. Harapan kita tentunya untuk meneruskan rentak kemenangan itu,” kata Juil.

Dua perlawanan di Stadium Likas sebelum ini menyaksika­n Sabah menang selesa 4-0 ke atas Terengganu FC II dan mengalahka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-0. Sabah seri 1-1 dengan Felcra FC di tempat lawan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia