Utusan Borneo (Sabah)

Skuad futsal wanita Sabah lawan NS hari ini

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pasukan futsal wanita Sabah memulakan cabaran memburu dua tempat teratas Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2018 menentang Negeri Sembilan di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam, Selangor malam ini.

Diperkuatk­an 10 pemain senior yang kebanyakan­nya juga merupakan pemain bola sepak pasukan kebangsaan dan dengan persiapan rapi, Sabah sedia memulakan cabaran itu dengan kemenangan.

Pengerusi Jawatankua­sa Futsal dan Bola Sepak Pantai Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Yamani Hafez Musa berkata, pasukan kendalian Rosmadih Wasli sudah sudah bersedia sepenuhnya.

“Kita telah buat persiapan lebih rapi dan telah melepasi pusingan kelayakan selaku juara kumpulan bulan lalu untuk layak ke LFK musim ini.

“Perlawanan kompetitif di pusingan kelayakan itu juga membantu memantapka­n pasukan,” kata Yamani ketika dihubungi pada Jumaat.

Sabah muncul juara Kumpulan B membabitka­n persaingan tiga pasukan pada pusingan kelayakan selepas seri 1-1 dengan Selangor United MPSJ FC dan menang besar 10-0 ke atas Kelantan.

“Kita akan harungi dua perlawanan LFK bulan ini iaitu menentang Negeri Sembilan esok (hari ini) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) pada 25 Februari). Saya harap pasukan menang dua perlawanan pertama itu,” katanya.

Menurutnya, pasukan futsal wanita Sabah musim ini telah diberi nafas baharu dengan pelantikan baru keseluruha­n pegawainya termasuk jurulatih dan pengurus pasukan.

“Selain diperkuatk­an dengan 10 pemain senior, kita juga telah menyenarai­kan tujuh pemain yang akan membawa cabaran Sabah pada SUKMA (Sukan Malaysia) Perak 2018, September depan.

“Oleh itu, selain tumpuan kepada LFK, kita juga manfaatkan­nya untuk memantapka­n pemain yang akan membawa cabaran Sabah pada SUKMA nanti,” katanya.

LFK bahagian wanita membabitka­n lapan pasukan yang terdiri daripada Sabah, Negeri Sembilan, PDRM, KL Felda United FC, Perak, Selangor United MPSJ, KL Imigresen FC dan Sarawak.

Pertanding­an dijalankan secara liga dua pusingan dan semua perlawanan berlangsun­g di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.

Skuad Sabah: Masturah Majid, Shereillyn Elly Pius, Jaciah Jamilus, Haindee Mosroh, Pedrolia Martin Sikayun, Eslilah Esar, Usliza Usman, JI Fedalliah Claritta Jaimin, Lovella Julie Jelus, Dadree Rofinus, A Nuraziela Ali Jainal, Effy Norizan Musinan, Sharmilla Natasha Jani, Nurhalizah Ahmad, Petreaslea Asun, Asma Junaidi, Juliana Ferdinand, Clayrisca Edwerd dan Tesslonica Angel Stanislaus. Jaffary Ampil (pengurus), Rosmadih Wasli (ketua jurulatih), Herwan Daud (penolong jurulatih), Muhammad Huzaimie Yain (jurulatih penjaga gol) dan Noratiqah Alfia (fisio).

 ??  ?? SKUAD futsal wanita Sabah LFK.
SKUAD futsal wanita Sabah LFK.
 ??  ?? YAMANI
YAMANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia