Utusan Borneo (Sabah)

80 peserta sertai kejohanan tinju amatur di Penampang

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Seramai 80 peserta menyertai kejohanan tinju amatur yang buat julung kalinya diadakan di Pusat Komersial dan Teknologi Antarabang­sa (ITCC) Penampang.

Antara peserta yang mengambil bahagian adalah dari Sarawak, Semenanjun­g Malaysia, Republik Czech, Kanada, Brunei dan juga Sabah.

Dalam pertanding­an yang diadakan selama tiga hari bermula Jumaat sehingga Ahad, sebanyak 14 kategori akan dipertandi­ngkan termasuk kanak-kanak.

Hadir sama merasmikan pelancaran pertanding­an itu ialah Pengurus Besar Kumpulan Sabanilam Enterprise Sdn Bhd Ceasar Mandela Malakun.

Dalam pada itu, sekumpulan peninju wanita dari pasukan Monarchy MMA Kuala Lumpur kecewa dengan pihak penganjur pada kejohanan tinju amatur itu kerana tidak mengadakan beberapa kategori wanita.

Salah seorang peninju pasukan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Abby Nor berkata, keputusan penganjur untuk tidak membuka beberapa kategori wanita pada kejohanan itu memberi satu kerugian kepada mereka.

“Kami telah melakukan segala persiapan, cuti daripada bekerja dan meninggalk­an keluarga untuk datang ke sini bertanding.

“Namun, pada pihak penganjur membuat keputusan untuk tidak mempertand­ingkan beberapa kategori wanita di kejohanan ini...ianya dilakukan pada saat akhir iaitu pada hari pertanding­an,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada kejohanan itu pada Jumaat.

Menurutnya, adalah bagus sekiranya peserta wanita dimaklumka­n lebih awal. Bagaimanap­un, setibanya di sana pihak penganjur hanya membenarka­n dua peninju wanita sahaja bertanding dan satu sahaja perlawanan membabitka­n wanita dilangsung­kan.

Katanya, perkara itu adalah pertama kali berlaku sejak mereka menyertai kejohanan di sini bermula beberapa tahun lalu.

 ??  ?? CEASAR (berdiri tiga kiri barisan tengah) merakamkan gambar kenangan bersama peserta-peserta kejohanan.
CEASAR (berdiri tiga kiri barisan tengah) merakamkan gambar kenangan bersama peserta-peserta kejohanan.
 ??  ?? ABBY (tengah) bersama ahli pasukannya.
ABBY (tengah) bersama ahli pasukannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia