Utusan Borneo (Sabah)

Ustaz Kazim, sentiasa buat yang terbaik

-

Di Sabah, masyarakat­nya sangat harmoni. Hubungan kaum harmoni. Toleransi yang ada di Sabah, patut dicontohi. Saya lihat juga kepelbagai­an budaya di Sabah. Di Pitas lain, pergi ke Tawau lain. Masyarakat­nya berbeza, banyak suku kaum. Di Pitas, masyarakat­nya kebanyakan suku Sungai, Bajau, ada juga Brunei, Pemandanga­n juga berbeza. Ini yang menarik.”

UB: Siapa yang paling berpengaru­h dalam hidup Datuk? DUKE: Arwah ibu saya.

UTUSAN BORNEO (UB): Sejak bila Datuk Ustaz terlibat memberikan ceramah agama? DATUK USTAZ MOHAMAD KAZIM ELIAS (DUKE): Saya terlibat dalam memberikan ceramah agama sejak di bangku sekolah lagi. Mulanya saya menggantik­an guru saya yang tidak dapat menyampaik­an ceramah kerana ada urusan tertentu.

Lama kelamaan, saya menjadi terbiasa memberikan ceramah. Kebetulan keluarga kedua orang tua saya datang dari keluarga yang berlatar belakangka­n agama. Datuk saya seorang pendidik. Nenek saya orang panggil Mak Guru. Arwah ibu saya juga seorang guru agama.

Saya belajar al-Quran dari ibu saya. Ayah saya meninggal pada tahun 1973, sewaktu saya masih berusia lapan bulan.

UB: Dimana Datuk mula bersekolah?

DUKE: Saya mula bersekolah di Sekolah Rendah Tok Sajak, Batu Kurau Perak. Kemudian saya menyambung persekolah­an di Sekolah Kebangsaan Seri Besout, Felda Gunung Besout

1, Sungkai, Perak apabila ibu saya ditukarkan ke Sungkai.

Di sana juga saya menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Besout di Felda Gunung Besout 1.

UB: Selepas itu, di mana Datuk melanjutka­n pelajaran?

DUKE: Saya masuk Sekolah Agama Syubbaniah Batu Kurau. Walaupun saya pelajar terbaik peperiksaa­n peperiksaa­n SPM, saya masuk sekolah agama, yang lain dari akademik.

UB: Berapa usia datuk ketika itu?

DUKE: Umur saya ketika itu kira-kira 18 tahun. Saya terpaksa belajar bersama kanak-kanak berusia 9 hingga 11 tahun. Belajar bahasa Arab bersama mereka.

Selepas tamat sekolah di sana, pada tahun 1991, saya menyambung pelajaran di Maahad Tahfiz AlQuran & Qiraat Negeri Perak di Masjid Negeri Perak sehingga mendapat Diploma Tahfiz Al-Quran.

Saya pernah berguru dengan Datuk Sheikh Mohd Nor Imam Besar Masjid Negeri Perak.

UB: Selepas tamat Maahad Tahfiz, di mana datuk bekerja?

DUKE: Selepas tamat Maahad Tahfiz, pada 1993, saya mengajar sebagai guru di Maahad Tahfiz Al Quran Addin, Tualang Sekah,

Malim Nawar, Perak.

Saya juga dijemput sebagai pensyarah di Pusat Perkhidmat­an Keluarga Cawangan Negeri Perak pada 1994. Kemudian saya dilantik sebagai Pengarah bagi pusat kaunseling itu pada tahun 1996, dan menjadi imam untuk Masjid Al-Aulia di Jalan Kuala Kangsar Ipoh sehingga tahun 2001.

UB: Kemudian?

DUKE: Saya menubuhkan pusat dakwah Sedaya Irham pada tahun 2001. Kemudian pada tahun 2005, saya menubuhkan Pusat Pendidikan Islam Al Barakah di Kampung Manjoi, Ipoh Perak.

UB: Saya lihat ceramah yang Datuk sampaikan menggunaka­n pendekatan santai yang menghiburk­an.

DUKE: Saya gunakan pendekatan santai tengok tempat. Kalau di sekolah, saya agak serius mengajar pelajar baca kitab. UB: Datuk masih mengajar? DUKE: Saya mengajar di sekolah, hari Isnin hingga Khamis. Ketika mengajar di sekolah, saya agak serius. Tetapi saya gunakan pendekatan yang santai, komedi yang sifatnya menghibur, jika berhadapan dengan hadirin atau pendengar dari pelbagai lapisan masyarakat.

Kadang-kadang ada ibu-ibu sanggup datang dari jauh, bawa anak-anak mendengar ceramah,saya sampaikan mesej dan gunakan pendekatan yang menghibur.

UB: Biasanya apa topik yang Datuk sampaikan?

DUKE: Biasanya topik berkaitan dengan institusi kekeluarga­an, motivasi dan sebagainya. Saya tekan konsep akhlak, penyatuan bangsa dan negara.

Ceramah saya juga dihadiri oleh kalangan bukan Islam.Orang bukan Islam pun datang dengar ceramah, tengok dalam tv, menonton ceramah yang saya sampaikan. Jadi ceramah saya berkisar soal keindahan Islam, Islam sesuatu yang mudah, Islam tidak bermusuh dan tidak menggalakk­an permusuhan.

Mat rempit, mat rock juga datang dengar ceramah. Kita tonjolkan keindahan Islam. Penampilan saya pun mudah didekati, orang tak segan nak tegur.

UB: Kalau di Sabah ni, di mana Ustaz pernah mengadakan ceramah? DUKE: Kalau tempat yang belum pergi, antaranya Kota Marudu, Ranau, Pulau Sebatik, Pulau Banggi. Tempat lain dah pergi.

UB: Bagaimana sambutan masyarakat Islam di Sabah?

DUKE: Sambutan masyarakat Islam di Sabah luar biasa. Di Tawau, berpuluh ribu orang datang. Begitu juga di Semporna, Sandakan. Sokongan kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Tan Sri Musa Haji Aman amat baik

Sambutan dan kerjasama serta sokongan pemimpinpe­mimpin Sabah juga sangat baik. Pengarah Yadim, (Haji Samin Ongki) dah bawa saya pusing keliling satu Sabah.

UB: Apa yang Datuk dapat lihat di Sabah?

DUKE: Saya selalu sebut Sabah sebagai satu contoh. Semangat satu Malaysia ada di Sabah, tidak kira bangsa, suku kaum, mereka boleh bersatu.

Malah waktu program ceramah di Tambunan, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pairin Kitingan, Pegawai Daerah Tambunan yang bukan Islam pun datang.Mereka tunggu sampai program habis.

Di Sabah, masyarakat­nya sangat harmoni.Hubungan kaum harmoni. Toleransi yang ada di Sabah, patut dicontohi.

Saya lihat juga kepelbagai­an budaya di Sabah. Di Pitas lain, pergi ke Tawau lain. Masyarakat­nya berbeza, banyak suku kaum. Di Pitas, masyarakat­nya kebanyakan suku Sungai, Bajau, ada juga Brunei, Pemandanga­n juga berbeza. Ini yang menarik.

UB: Datuk ada masa lapang? Kalau ada masa lapang apa yang Datuk lakukan?

DUKE: Masa lapang? Saya tak ada masa lapang. Kalau ada masa lapang saya pergi sekolah. Kegemaran saya main badminton. Saya juga berjalan kaki ziarah hospital. Bawa pelajar ziarah hospital, buat kerja kemasyarak­atan dan sebagainya.

UB: Oh ya, ramai yang ingin tahu bagaimana Datuk pandai menyanyi banyak lagu?

DUKE: Bapa tiri suka pasang piring hitam. Beliau selalu pasang piring hitam, bila pulang dari menoreh getah. Itulah sebabnya lagu-lagu lama saya hafal, lagu lagu hindustan, lagulagu Tan Sri P.Ramlee.

Ayah saya meninggal dunia pada tahun 1973, iaitu ketika saya berusia lapan bulan. Mak saya kahwin semula pada tahun 1977, waktu saya berusia lima tahun. Jadi sejak kecil lagi, saya memang biasa dengar lagu-lagu lama,menyebabka­n saya boleh hafal semua lagu.

Bapa tiri saya, Abu Osman Ludin seorang sangat baik. Beliau tak pernah pukul saya. Tak pernah marah saya, malah tak pernah cubit saya.

UB: Datuk anak keberapa dalam keluarga?

DUKE: Saya anak ketujuh dari sembilan adik beradik,ada dua adik saya lain bapa.

UB: Apa cita-cita Datuk ketika kecil dahulu?

DUKE: Cita-cita masa kanak-kanak sekejap nak jadi polis, sekejap nak jadi tentera, sekejap nak jadi cikgu. Masa kanak-kanak biasalah.

UB: Pernah terfikir nak jadi penceramah?

DUKE: Masa kecil dah jadi anak yatim.Tak ada kawan banyak. Lebih banyak duduk di rumah. Pendiam, takut, malas.

Masa tingkatan empat, tingkatan lima, masih tak keluar rumah. Itu sebab bila saya beri ceramah, keluarga saya terkejut kerana mereka tahu waktu kecil saya tak cakap dengan orang. Tiba-tiba jadi penceramah.Keluarga saya terkejut.

UB: Siapa yang beri inspirasi jadi penceramah?

DUKE: Saya nampak abang saya Kapt (B) Datuk Haji Najmuddin Elias masuk dalam tv program siaran langsung Maal Hijrah. Saya fikir nak masuk juga dalam tv dan boleh berceramah seperti abang saya.

UB: Dalam ceramahcer­amah,

Datuk selalu selitkan dialog dalam cerita P Ramlee. Mana satu filem P Ramlee yang paling Datuk sukai?

DUKE: Filem yang saya suka ialah filem Semerah Padi. Yang paling saya tak suka ialah filem Ibu Mertuaku, janganlah jadi macam tu, wataknya lemah sangat kerana cinta.

UB: Apa pesan Datuk kepada penceramah muda?

DUKE: Dalam hidup ini, kita jangan sombong.Saya sendiri suka bersembang dan bergaul dengan orang, ini yang saya jadikan modal ceramah saya.

UB: Apa pesan ibu yang Datuk paling ingat?

DUKE: Ibu saya pesan, buat yang terbaik, buat kerja yang terbaik, sama ada orang suka tak suka, buat kerja yang terbaik.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia