Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk budaya membaca

Program Nilam diperkenal­kan KPM

- Oleh JAINUDIN NASIR

“Menerusi program Nilam juga dapat membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti aktiviti galakan membaca sepanjang tahun di peringkat sekolah yang dinilai oleh guru-guru menerusi Penulisan Folio, Ujian ” Bertulis dan Ujian Lisan. SITI HAMNI HASHIM Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Ranau

PROGRAM Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) yang diperkenal­kan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) sejak 1999 merupakan antara usaha dan inisiatif memupuk budaya dan tabiat suka membaca secara berterusan bagi ‘Menjana Minda Bestari’ dalam kalangan pelajar sekolah di negara ini.

Idea itu juga dengan harapan mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca sebagai mengakses ilmu positif serta bernilai untuk diaplikasi­kan dalam kehidupan.

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Ranau Siti Hamni Hashim berkata, menerusi program Nilam juga dapat membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti aktiviti galakan membaca sepanjang tahun di peringkat sekolah yang dinilai oleh guru-guru menerusi Penulisan Folio, Ujian Bertulis dan Ujian Lisan.

“Ianya melibatkan murid Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah sebagai sasaran utama di mana penilaian pembacaan diteruskan sehinggala­h mereka tamat persekolah­an,” tegasnya.

Menurut Siti Hamni, program Nilam itu mempunyai matlamat serta objektifny­a tersendiri iaitu selain membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar malah, menggalakk­an sekolah menjana kreatif dan inovatif secara berterusan.

“Justeru program seumpamany­a perlu diperhebat­kan pelaksanaa­n di peringkat sekolah, bukan sahaja bermula dari Tahun Satu dan Tingkatan Satu, malah merangkumi semua murid bermula awal tahun persekolah­an,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika melancarka­n program Nilam peringkat daerah dan Majlis Anugerah Tokoh Nilam peringkat daerah Ranau 2018 di Dewan Sekolah Kebangsaan Kluster (SKK) Kilimu, Ranau baru-baru ini yang dihadiri ratusan pelajar dan guruguru sekolah rendah dan menengah.

Sempena program tersebut menyaksika­n Nur Aliyah Osman dari SKK Kilimu dan Siti Ayuni Rifli dari SMK Lohan masing-masing dinobatkan sebagai penerima ‘Tokoh Nilam’ sekolah rendah dan menengah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Naib johan masing-masing disandang oleh Nicollate Jaibichon (SK Kauluan) dan Nurul Azatul Nazira Japudin (SMKA Mohamd Ali) manakala Ayna Zainina Tajudin (SK St.Benedict) menduduki tempat ketiga sekolah rendah. Tiada pemenang (ketiga) kategori sekolah menengah.

Tokoh Nilam bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris disandang oleh Suhana Nair A/P Ravi dari SK St.Benedict dan Nur Fatihah Yasinin dari SMK Mohamad Ali.

Di susuli Nurul Adin’rain Hadi Khalid dan Eleanor Joy Jolmin dari SMK Lohan selaku naib johan. Tempat ketiga sekolah rendah diberikan kepada Alyssa Safwah Razali manakala tiada pemenang tempat ketiga bagi sekolah menengah.

Penyampaia­n hadiah berupa trofi dan sijil penyertaan kepada para pemenang telah disempurna­kan Siti Hamni dan pengerusi jawatankua­sa pelaksana program yang juga Penyelaras Pusat Kegiatan Guru (PKG) Ranau Erwan Amat (PTPI).

Turut hadir ialah para Pegawai SIC+ dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Ranau Lisa Kilau, Suzan Enaw, Roslinah Apin dan Guru Besar SKK Kilimu Halidah Ariffin.

 ??  ?? PARA pemenang merakamkan gambar kenangan bersama Siti Hamni, Erwan dan Halidah.
PARA pemenang merakamkan gambar kenangan bersama Siti Hamni, Erwan dan Halidah.
 ??  ?? SEBAHAGIAN guru yang hadir.
SEBAHAGIAN guru yang hadir.
 ??  ?? ERWAN menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Suzan (SIC+) PPD Ranau.
ERWAN menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Suzan (SIC+) PPD Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia