Utusan Borneo (Sabah)

Pemegang UEC digalak mohon jawatan penjawat awam

-

SIBU: Pengerusi Persatuan Jawatankua­sa Gabungan Sekolah Cina Bersatu (Dong Zong) Malaysia Temenggung Datuk Vincent Lau berharap agar lebih ramai pemegang Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC) di Sarawak akan memohon jawatan dalam perkhidmat­an awam negeri.

Terdahulu beliau melahirkan rasa gembira kerana seorang daripada lapan pemegang sijil UEC yang memohon jawatan dalam perkhidmat­an awam Sarawak telah diterima untuk jawatan itu.

Lau berkata, bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem sebelum ini memberi jaminan Sarawak akan terus mengiktira­f sijil UEC serta menerima pemegang sijil itu ke dalam perkhidmat­an awam negeri.

“Selepas pengumuman itu dibuat, kita menjejaki pemegang sijil UEC yang memohon pekerjaan dalam perkhidmat­an awam negeri di Kuching.

“Didapati lapan pelajar lepasan UEC telah membuat permohonan dan lima daripada mereka telah dipanggil untuk temu duga.

“Akhirnya pada tahun lepas, seorang daripada mereka telah diterima bekerja dalam perkhidmat­an awam negeri,” ujarnya pada Khamis.

Lau yang juga pengerusi Lembaga Pengurusan Gabungan Persatuan Sekolah-Sekolah Persendiri­an Cina Sarawak berharap selepas ini lebih ramai pemegang sijil UEC memohon jawatan dalam perkhidmat­an awam negeri.

Beliau bagaimanap­un mengakui saingan bagi merebut jawatan yang ditawarkan dalam perkhidmat­an awam amat sengit.

Menurutnya, Sarawak mempunyai bilangan sekolah persediria­n Cina paling banyak iaitu 14 dengan jumlah pelajar mencecah 8,600.

 ??  ?? VINCENT LAU
VINCENT LAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia