Utusan Borneo (Sabah)

SUPP, UPP perlu ketepi perbezaan: Abg Johari

Gabungan kekuatan SUPP-UPP pasti akan menguatkan lagi suara Sarawak di Kuala Lumpur

-

KUCHING: Dengan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang masingmasi­ng dimenangi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan serpihanny­a Parti Rakyat Bersatu (UPP) jika digabungka­n, pasti akan menguatkan lagi suara Sarawak di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu kata Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg, kedua-dua parti yang masih dalam perbalahan itu perlu mengetepik­an perbezaan mereka.

Menurut beliau, ia demi kepentinga­n bukan sahaja rakyat Sarawak tetapi masyarakat Cina itu sendiri agar mereka tidak berpecah.

“Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas kita ada SUPP yang berjaya merampas balik kerusi daripada pembangkan­g dan mereka memenangi tujuh kerusi.

“Begitu juga UPP, mereka bertanding di lima kerusi dan kesemunya menang. Jika kita gabungkan tujuh kerusi dan lima kerusi ia menjadi 12.

“Itu perbezaann­ya, apabila bersatu dan berpisah… maka itu saya mahu kedua-dua parti mengetepik­an perbezaan demi kepentinga­n Sarawak,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Tahun Baharu Cina 2018 dan Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-39 Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian yang dihadiri Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian dan Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh di sini, malam Rabu.

Pada PRN lepas antara tujuh kerusi dimenangi SUPP ialah

“Itu perbezaann­ya, apabila bersatu dan berpisah… maka itu saya mahu keduadua parti mengetepik­an perbezaan demi Sarawak.” kepentinga­n DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

Batu Kawah, Batu Kitang, Maradong, Repok, Senadin, Piasau dan Simanggang sementara UPP ialah Bawang Assan, Dudong, Mambong, Engkilili dan Opar.

Abang Johari berkata beliau percaya jika semua bersatu dan bekerjasam­a kita dapat menuntut hak kita dari Kuala Lumpur.

“Untuk mengambil balik hak Sarawak hanya orang Sarawak sahaja dapat melakukann­ya dengan bersatu tetapi bukan parti politik berasal dari Semenanjun­g baik PKK, DAP mahupun Umno,” katanya.

Menurut Abang Johari, dengan kedua-dua parti bekerjasam­a ia bukan sahaja menguatkan komuniti Cina tetapi rakyat Sarawak dalam apa jua yang diperjuang­kan.

Tambah beliau, Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen dan dengan kekuatan semua parti komponen B N Sarawak sekurang kurang a nya memenangi 28 atau 29 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) supaya hak Sarawak dapat diambil balik daripada persekutua­n.

Sementara itu Dr Sim yang juga Presiden SUPP ketika dihubungi Utusan Borneo semalam berkata, SUPP sentiasa terbuka untuk menerima semula ahlinya yang telah meninggalk­an parti sebelum ini.

“Saya pernah menyatakan bahawa Tahun Baharu Cina merupakan masa untuk perhimpuna­n keluarga dan mengukuhka­n semangat perpaduan.

“Kami mengalu-alukan dengan mesra semua orang yang telah meninggalk­an kami termasuk anggota keluarga baharu yang kami tidak pernah jumpa.

“Ini bukan hanya untuk masyarakat Cina yang lebih kuat sahaja (kerana satu pertiga daripada ahli kami adalah Bumiputera) tetapi juga untuk Sarawak yang lebih kuat,” katanya.

 ??  ?? DR Sim dan Wong (dua kanan) turut kelihatan bersalaman semasa menghadiri majlis sama di Kuching.
DR Sim dan Wong (dua kanan) turut kelihatan bersalaman semasa menghadiri majlis sama di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia