Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk rayu kerajaan baiki jalan kampung rosak teruk

-

MIRI: Lebih 800 penduduk dari tujuh rumah panjang di Sungai Peking, Tinjar di sini merayu perhatian kerajaan mengambil langkah segera membaiki keadaan jalan raya masuk ke kampung mereka yang semakin rosak teruk terutama ketika musim hujan.

Jalan raya Sungai Peking sepanjang 18 kilometer dari Jalan Ladang PJP EkangBanyo­k dan 22 kilometer dari pekan Long Lama itu kini hampir terputus hubungan dengan dunia luar kerana keadaan jalan yang digunakan setiap hari itu menjadi semakin teruk dan sukar dilalui kenderaan.

Selain tujuh rumah panjang menggunaka­n laluan itu, kawasan terbabit juga terdapat sebuah sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Peking yang bergantung kepada jalan itu.

Perjalanan ke perkampung­an dan sekolah tersebut mengambil masa tiga jam dari bandar raya Miri.

Menurut penduduk kampung, keadaan jalan tersebut menjadi semakin berbahaya terutama pada musim tengkujuh ketika ini kerana bukan sahaja licin malah berlopak dan berlubang menyebabka­n ia sukar dilalui kenderaan.

“Dalam keadaan itu, kenderaan bukan sahaja mudah tergelinci­r malah sering terbenam dalam lopak yang dalam dan apabila hujan, jalan tersebut hanya dapat dilalui kenderaan pacuan empat roda dan tidak dapat digunakan kenderaan kecil,” jelas seorang penduduk.

Menurutnya, beberapa laluan jalan itu terutama beberapa kilometer di hadapan terdapat banyak lokasi paling teruk digambarka­n oleh penduduk kampung seperti tempat kerbau berkubang.

Jalan itu bukan sahaja terdapat banyak lubang malah berlumpur dan berlopak menyebabka­n hanya kenderaan pacuan empat roda mampu melaluinya dan mudah tersangkut jika tiada ‘pengalaman’ melalui jalan tersebut.

“Ketika ini hanya kenderaan pacuan empat roda dan lori sahaja dapat melalui jalan masuk ke beberapa kampung menggunaka­n laluan ini,” jelas penduduk terbabit.

 ??  ?? JALAN masuk ke Sungai Peking dalam keadaan rosak teruk terutama ketika musim hujan.
JALAN masuk ke Sungai Peking dalam keadaan rosak teruk terutama ketika musim hujan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia