Utusan Borneo (Sabah)

KM umum sumbangan RM7j kepada sekolah persendiri­an aliran Cina

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg mengumumka­n peruntukan sumbangan RM7 juta kepada sekolah persendiri­an aliran Cina di Sarawak bagi tahun ini.

Menurut beliau, ia merupakan peruntukan tambahan RM1 juta daripada kerajaan negeri berbanding RM6 juta pada tahun sebelumnya.

“Saya tahu, pendidikan merupakan perkara penting dan paling dekat di hati rakan kaum Cina kita dan selama ini kerajaan negeri terus memberi bantuan kepada sekolahsek­olah Cina ini di mana pada tahun lepas sejumlah RM6 juta disumbangk­an.

“Pada tahun ini saya menambah RM1 juta lagi peruntukan menjadikan jumlah keseluruha­n bantuan untuk 2018 adalah RM7 juta,” katanya semasa berucap pada Majlis Tahun Baharu Cina 2018 dan Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-39 Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian di sini, malam Rabu.

Abang Johari memberitah­u, beliau amat menghargai sumbangan komuniti itu yang turut memberi idea, sokongan dan sebagainya kepada kerajaan.

“Ini sekali gus membantu kita mewujudkan dasar baharu kepada semua rakyat kita termasuk kaum Cina.

“Saya amat berterima kasih atas sokongan dan idea anda kepada kerajaan,” katanya.

Sementara itu Presiden Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Datuk Richard Wee dalam ucapannya berkata, semua rakyat Sarawak perlu bersatu khususnya masyarakat Cina.

“Sehubungan itu saya ingin mengambil kesempatan sempena Tahun Baharu Cina menggesa Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP), keduadua parti majoriti Cina untuk bersatu dan mewujudkan satu suara yang kuat bagi masyarakat Cina,” katanya.

Menurut beliau, masyarakat Cina merasai ketegangan daripada perpecahan politik di antara kedua-dua parti sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) terakhir dan ia telah melemahkan kedudukan penyertaan orang Cina dalam kerajaan negeri.

Katanya sebagai parti politik tertua di Sarawak, SUPP mempunyai masa silam yang berjaya dan nilai sejarah.

“Maka itu, jika UPP kembali kepada SUPP, ia pasti akan menguatkan lagi sokongan dan perwakilan­nya dan dengan SUPP yang bersatu padu, mereka dapat menjadi anggota yang lebih berkesan dalam kerajaan negeri dan Barisan Nasional Negeri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia