Utusan Borneo (Sabah)

FAMA sasar RM150 juta

ABR1M dapat penyertaan menggalakk­an usahawan peruncitan

-

JASIN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) menyasarka­n nilai jualan Agrobazaar Rakyat 1Malaysia (ABR1M) di seluruh negara mencecah lebih RM150 juta sehingga akhir tahun ini.

Pengarah Bahagian (Peruncitan) FAMA Abd Rahman Mahmood berkata sasaran tersebut bersandark­an kepada penyertaan menggalakk­an daripada usahawan sektor peruncitan selain hasrat kerajaan yang mahu mengembang­kan industri berkenaan.

“Tahun lepas, nilai jualan bagi 108 ABR1M di seluruh negara berjumlah lebih RM143.42 juta yang mana ini merupakan pencapaian memberangs­angkan selain memberi impak positif kepada golongan usahawan peruncitan.

“Tahun ini kita akan menambah 14 lagi ABR1M iaitu sekurang-kurangnya sebuah ABR1M di satu negeri bermula Mac ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Jualan Jimat Belanja Dapur (JBD) @ ABR1M Peringkat Negeri Melaka, di sini, Jumaat.

Majlis yang dirasmikan oleh Exco Pertanian dan Pembanguna­n Usahawan Melaka Datuk Hasan Abd Rahman itu turut dihadiri Pengarah FAMA Melaka Che Samudin Hasan.

Abd Rahman berkata FAMA akan sentiasa memastikan semua ABR1M menjalanka­n program JBD dengan menawarkan penjimatan harga antara lima hingga 20 peratus kepada pengguna berbanding kedai runcit lain bagi 27 jenis komoditi terpilih termasuk ikan, ayam, sayur dan buahbuahan.

Sementara itu, H asa n berkata FAMA Melaka menyasarka­n nilai jualan ABR1M di negeri ini mampu mencapai lebih RM3 juta sehingga akhir tahun ini berbanding RM2.32 juta pada tahun lepas.

Beliau berkata sehingga kini terdapat empat ABR1M di negeri ini iaitu tiga di daerah Melaka Tengah dan satu di daerah Jasin.

ABR1M merupakan projek menaik taraf premis runcit milik usahawan sedia ada dengan menawarkan produk makanan segar hasil pertanian yang dijual terus dari sumber pengeluara­n kepada pengguna selain menjual barangan keperluan runcit harian pada harga berpatutan.

Projek berkenaan merupakan antara langkah kerajaan mengurangk­an kos sara hidup rakyat bagi bahan makanan sejajar dengan objektif Program Transforma­si Ekonomi (ETP) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mentransfo­rmasikan sektor peruncitan menjelang 2020. - Bernama

 ??  ?? EXCO Pertanian dan Pembanguna­n Usahawan Negeri, Datuk Hasan Abdul Rahman (tengah), yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai bergambar bersama penerima sumbangan selepas melancarka­n program Jimat Belanja Dapur (JBD) anjuran Lembaga...
EXCO Pertanian dan Pembanguna­n Usahawan Negeri, Datuk Hasan Abdul Rahman (tengah), yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai bergambar bersama penerima sumbangan selepas melancarka­n program Jimat Belanja Dapur (JBD) anjuran Lembaga...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia