Utusan Borneo (Sabah)

Keuntungan suku 2 Sime Darby Plantation melonjak 40 peratus

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Sime Darby Plantation Bhd melonjak sebanyak 40 peratus kepada RM477 juta untuk suku kedua berakhir 31 Dis 2017 daripada RM341 juta sebelum ini, berikutan peningkata­n hasil daripada Upstream Malaysia serta penurunan kos kewangan ekoran pinjaman yang lebih rendah.

Pendapatan naik kepada RM4.08 bilion daripada RM3.92 bilion yang dicatatkan pada suku yang sama tahun 2016.

“Kami dirangsang­kan oleh prestasi kumpulan selepas ia membuat langkah penyenarai­an pada November 2017. Operasi huluan kami telah disediakan secara strategik ke arah mencapai inisiatif kami bagi meningkatk­an produktivi­ti, kecekapan kos dan keuntungan,” kata Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan, Tan Sri Mohd Bakke Salleh di sini, Jumaat.

Katanya, usaha-usaha penanaman semula yang dipercepat­kan, inisiatif inisiatif pengurusan air dan mekanisasi di seluruh operasi sedang rancak berjalan dan telah smenunjukk­an impak yang positif.

Bagi tempoh setengah tahun, keuntungan bersih mencatatka­n angka RM1.53 bilion, naik sebanyak 208 peratus, berbanding RM498 juta yang direkodkan dalam suku yang sama tahun sebelum ini, manakala hasil menokok kepada RM7.62 bilion daripada RM6.74 bilion.

Hasil yang diperolehi merangkumi keuntungan ke atas penjualan tanah milik Sime Darby Property sebanyak RM676 juta dan pembalikan terakru sekali sahaja, sebanyak RM95 juta pada suku pertama berakhir 30 Sept 2017.

Pengeluara­n buah-buahan tandan segar (BTS) juga menunjukka­n pemulihan selepas kesan El Nino, apabila ia naik sebanyak dua peratus daripada 2.72 juta tan pada suku kedua tahun kewangan 2017 kepada 2.76 juta tan pada suku kedua tahun kewangan 2018.

Harga realisasi purata minyak sawit mentah (MSM) berkuranga­n sebanyak 6 peratus, dari tahun ke tahun kepada RM2,654 setiap tan metrik pada suku di bawah kajian disebabkan oleh sentimen pasaran yang lemah.

Upstream Malaysia merekodkan keuntungan sebelum faedah dan cukai (PBIT) sebanyak RM414 juta dalam suku tahun di bawah kajian berbanding RM182 juta pada suku yang sama, ini mencermink­an peningkata­n sebanyak 127 peratus dari tahun ke tahun.

“Pengeluara­n yang lemah di rantau ini telah memulih sebanyak 26 peratus kepada 1.69 juta tan berbanding 1.34 juta tan dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.

Pemulihan dalam prestasi ini berpunca daripada usaha berterusan kami untuk meningkatk­an hasil melalui penanaman dengan bahan yang lebih baik,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia