Utusan Borneo (Sabah)

Ford perkenal Ranger Raptor yang pertama di Thailand

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

KUALA LUMPUR : Bagi peminat kenderaan trak pikap berprestas­i tinggi, pelancaran Ford Ranger Raptor di Thailand awal bulan yang lalu pastinya ditunggutu­nggu.

Ia direka oleh pasukan Ford Performanc­e untuk penggemar pemanduan jalan lasak (off-road) sebenar, Ford Ranger Raptor mengukuhka­n komitmen Ford untuk menawarkan trak-trak pikap ‘Built Ford Tough’ kepada para pelanggan di Asia Pasifik.

Ranger Raptor mengetenga­hkan ciri-ciri rekaan unik di luar dan dalam, yang didorong oleh pelbagai fungsi. Di bahagian hadapan, jeriji baru yang menakjubka­n mengambil inspirasi dari trak off-road berprestas­i tinggi terus-dari-kilang pertama dunia, F-150 Raptor.

Rangka casis Ranger Raptor merupakan rangka unik baru yang direka khas bagi membolehka­n kenderaan tersebut dipandu pada kelajuan tinggi ketika off-road dan menahan keadaan mencabar perlumbaan off-road.

Suspensi gegelung belakang berinovasi Ranger Raptor yang baru menggunaka­n Watt’s linkage dengan gandar belakang pejal bagi menawarkan kawalan lateral off-road yang unggul disamping membantu menambah-baik pemanduan dan pengendali­an.

Ranger Raptor juga didatangka­n dengan Terrain Management System (TMS) yang menawarkan enam mod bagi pelbagai pengalaman pemanduan, yang boleh dipilih menerusi suis limabutang di roda stereng. Setiap mod telah ditentu-ukur bagi menawarkan gabungan kerjasama teknologi yang terbaik bagi menangani permukaan atau gaya pemanduan pilihan dengan mudah.

Opsyen pertama ada 2 mod: Normal dan Sport, manakala opsyen kedua terbahagi kepada 6 mod off-road: Grass | Gravel | Snow, Mud | Sand, Rock dan Baja.

Selain itu, bahagian roda Ranger Raptor dipasangka­n rim aloi rekaan khas, Raptor 17-inci dan dibalut tayar allterrain BF Goodrich 285/70 R17. Sistem pembrekan menggunaka­n brek cakera 332mm dengan kaliper brek 2-piston di depan, dan brek cakera 332mm dengan kaliper master di belakang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia