Utusan Borneo (Sabah)

Taman Pertanian Kilan menjadi Pusat Kecemerlan­gan Pertanian (COE)

-

LABUAN: Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek berkata Taman Pertanian Kilan Labuan dalam proses transforma­si menjadi Pusat Kecemerlan­gan Pertanian (COE).

Beliau berkata, untuk merealisas­ikannya Taman Pertanian Kilan berkeluasa­n 6.5 hektar akan melalui ‘showcase’ teknologi tanaman pertanian seperti kelapa, durian dan sayur-sayuran serta produk-produk Industri Asas Tani.

Katanya, tahun ini dianggarka­n seramai 1,000 petani dan penduduk sekitar akan terlibat secara langsung dengan teknologi yang diperkenal­kan di COE Taman Pertanian Kilan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sentuhan Kasih Tani Dan Penyerahan Insentif Tanaman, di Taman Pertanian Kilan di sini pada Khamis.

Sementara itu, lima komoditi menjadi teras utama pengeluara­n hasil pertanian Labuan, iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kelapa, bungabunga­an serta kontan.

Untuk itu, sejumlah RM423,000 diperuntuk­kan untuk pembanguna­n pertanian di Labuan yang membabitka­n Program Tanaman Semula Buah-Buahan Terpilih, Bantuan Peningkata­n Hasil Sayuran, Kluster Tembikai, Transforma­si Nurseri Dan Tanaman Hiasan, Pembanguna­n Pertanian Bandar, serta Program Pengukuhan MyGAP.

Pada majlis itu turut diadakan Jualan Sentuhan Kasih Tani Sayur-Sayuran, Maie Tah Kitani Makan Buah, Kursus Hands-on Cantuman Mata Tunas Durian Premium, Penyerahan Insentif Dan Kit Tanaman Kepada Petani, serta edaran Bahan Tanaman Secara Percuma Kepada Pengunjung.

Turut hadir Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias dan Pengerusi LKIM Dato’ Sri Dr Irmohizam Ibrahim.

 ??  ?? AHMAD Shabery (tiga kiri) menyampaik­an dana projekTran­sformasi Nurseri Dan Tanaman Hiasan dalam majlis itu.
AHMAD Shabery (tiga kiri) menyampaik­an dana projekTran­sformasi Nurseri Dan Tanaman Hiasan dalam majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia