Utusan Borneo (Sabah)

Travelog ‘Benang Emas’ jejak sejarah dan keunikan Malaysia di TV1

-

IKUTI pengembara­an menjejaki sejarah dan keunikan di beberapa daerah di Malaysia dalam travelog ‘Benang Emas’ yang sedang bersiaran setiap Rabu, jam 10.05 pagi, di TV1. Menariknya sepanjang 13 episod travelog ini bersiaran penonton akan didedahkan dengan sejarah, adat dan kenunikan tempat-tempat yang dilawati.

Dalam episod pengenalan, penonton dibawa ke daerah Kuala Kangsar, Perak yang sinonim dengan gelaran Bandar Diraja.

Terdapat banyak tempat serta bangunan bersejarah yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan ialah menyusuri Sungai Perak serta melawat Balai Gambang.

Para pelancong juga perlu melawat Muzium Diraja@ Istana Kuning, Galeri Sultan Azlan Shah, Baitul Anor, Jambatan Victoria, Hutan Lipur Ulu Kenas dan Masjid Ubudiah yang menjadi ikon Kuala Kangsar.

Tak lengkap rasanya sekiranya pelancong tidak mencuba makanan tradisiona­l seperti nasi lamuni, ikan pindang serta Laksa Pak Ngah.

Kuala Kangsar juga popular dengan industri labu sayung, kraf tangan keris dan juga arca. Tarian Dabus yang popular suatu ketika dahulu masih lagi dipelihara sehingga kini.

Seterusnya penonton diajak ke negeri yang terkenal dengan adat pepatih.

Terkenal dengan pelbagai adat, Negeri Sembilan digelar ‘Tanah Adat’. Sebuah muzium diwujudkan dikenali sebagai Muzium Adat yang mengumpul maklumat tentang amalan adat di Malaysia. Antara tempat bersejarah pula ialah Istana Lama Seri Menanti, Teratak Zaaba, Makam Raja Melewar dan Astana Raja Melewar.

Ladang Alam Warisan, Hutan Lipur Ulu Bendul dan Juasseh Agro Park juga sesuai untuk pelancong yang sukakan alam semula jadi dan ternakan lembu tenusu.

Dalam bab makanan sudah pastinya Negeri Sembilan terkenal dengan masak lemak cili api dan juga itik salai panggang.

Episod diteruskan dengan menjelajah daerah Pontian, Johor yang dahulunya dikenali sebagai Kukup. Pontian terkenal dengan tanaman nanas yang menjana sumber ekonomi penduduk tempatan dan juga sebagai lokasi agro pelanconga­n.

Muzium Nanas yang diwujudkan di Pontian dijadikan sebagai rujukan pelbagai maklumat berkaitan dengan tanaman tersebut. Tanjung Piai pula merupakan titik paling selatan di Benua Asia dan diwartakan sebagai Taman Negara Tanjung Piai.

Etnik Bugis merupakan antara sebahagian masyarakat Pontian dan berhijrah untuk menjadi nelayan. Terkenal dengan makanan tradisiona­l yang dipanggil Burasak dan Lepat Loi.

Penonton juga dihiburkan dengan persembaha­n tarian etnik Bugis iaitu ‘Paduppa Bosara’ yang merupakan tarian ‘Selamat Datang’.

Tapah, Perak merupakan destinasi pilihan episod seterusnya yang merupakan jalan utama ke Cameron Highlands, Pahang.

Asal-usul pembukaan Tapah mempunyai kaitan dengan individu yang digelar Tok Tua Sakti dan kemunculan ikan Tapah semasa banjir besar di situ pada hujung tahun 1800an.

Turut memaparkan temuramah dengan beberapa orang penduduk orang asli Kaum Semai serta menjelajah hutan untuk mengutip hasil seperti Kacip Fatimah dan Ubi Jaga.

Tidak ketinggala­n juga persembaha­n Tarian Sewang, pembuatan sumpit dan juga kraf tangan anyaman. Terdapat tempat rekreasi menarik seperti kolam air panas di Hutan Lipur Kuala Woh yang juga menempatka­n Laman Herba dan Galeri Perhutanan untuk tujuan pelanconga­n.

Dari utara penonton dibawa pula ke Pantai Timur. Singgah di daerah Jerantut, Pahang yang dahulunya dikenali sebagai Simpang Empat dan ditukar nama ke Jerantut pada tahun 1914. Taman Negara merupakan destinasi pelanconga­n yang terkenal dan antara etnik orang asli yang mendiami di kawasan tersebut ialah suku kaum Batik.

Taman Warisan Gua Kota Gelanggi merupakan sebuah lagi lokasi pelanconga­n yang menarik di mana terdapat hampir 100 buah gua batu kapur. Kerajaan juga membina Galeri Mat Kilau yang menampilka­n maklumat tentang perjuangan penduduk menentang penjajah suatu ketika dahulu.

Jerantut juga terkenal dengan pengeluara­n tembikar seramik oleh seorang pengusaha dari Kg. Temin. Dari sudut kesenian, Jerantut terkenal dengan Tarian Piring dan juga penggunaan Gendang Pahang.

Masih di Pantai Timur, pengembara­an diteruskan ke daerah Hulu Terengganu. Kuala Berang merupakan lokasi penempatan awal penduduk di Terengganu.

Selain itu, daerah Hulu Terengganu semestinya terkenal dengan Tasik Kenyir yang menempatka­n Santuari Ikan Kelah dan juga Kenyir Elephant Village.

Kedatangan awal agama Islam pada abad ke 13 dapat dilihat pada Memorial Batu Bersurat di Kg. Buluh. Dalam aspek kesenian, daerah Hulu Terengganu terkenal dengan Tarian Rodat dan juga Kertuk Hulu yang masih digunakan di majlis-majlis tertentu.

Pengembara­an di Terengganu diteruskan ke daerah Besut.

Masjid Al-Jamhuriah merupakan ikon pekan Kuala Besut. Kuala Besut mula berkembang maju dengan adanya jeti Kuala Besut untuk kemudahan ke Pulau Perhentian.

Sememangny­a Pulau Perhentian menjadi nadi perkembang­an ekonomi Kuala Besut dengan kehadiran ramai para pelancong.

Desa Ukiran Kayu menempatka­n monumen rumah tradisiona­l dengan ukiran kayu menarik serta menjadi pusat latihan kemahiran ukiran kayu. Kesenian pendudukny­a terserlah dengan dikir barat dan para nelayan terlibat dengan pembuatan bubu ikan dan sotong.

Tidak lengkap jika tidak ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Menyingkap sejarah hitam daerah Kuala Krai yang dilanda banjir lumpur pada tahun 2014, juga dikenali sebagai Bah Kuning.

Episod akhir memperkena­lkan daerah Kuala Selangor, yang terkenal dengan Bukit Melawati. Terdapat banyak kesan sejarah di Bukit Melawati yang boleh dilihat oleh para pelancong seperti Batu Hampar, Perigi Beracun, Tangga Seratus dan Rumah Api.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia