Utusan Borneo (Sabah)

Selamat Tahun Baharu Cina

-

TAHUN Baharu Cina pada tahun ini jatuh pada 16 dan 17 Februari dan merupakan cuti umum untuk semua. Bagi saya tahun ini adalah tarikh yang paling bagus sebab jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu, pasal kali ini saya dapat pergi ‘open house’.

Kalau cerita pasal Tahun Baharu Cina, paling saya tidak sabar bila pergi ‘open house’ ialah ‘angpow’ dari tuan rumah, mau ambil kesempatan dapat duit. Bukan itu saja makan yang sedap dan paling utama limau yang jarang- jarang dapat makan tidak lupa persembaha­n tarian singa.

Apa itu Tahun Baharu Cina?Tahun Baharu Cina disambut oleh masyarakat Cina di seluruh dunia menandakan kelahiran tahun baru mengikut kalendar lunar.

Tahun Baharu Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama zodiak Cina (nama haiwan). 12 haiwan yang menaungi kalendar lunar ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap haiwan membawa signifikas­i yang tersendiri.

Jadi tahun ini Jay Jay inda sabar mau pungut angpow banyak banyak biarpun suda kahwin hehehe. Sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini saya ingin mengambil kesempatan ini mau mengucapka­n Gong Xi fa Chai,kepada semua yang menyambutn­ya dan sentiasa berhati hati di jalan raya kalau mau pergi open house.

’kalau ada siapa-siapa yang mau jemput saya boleh bah tu di atur’. Jangan lupa juga follow saya di Instagram

Jayjay_era dan facebook page saya Jayjay Era. - JAY JAY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia