Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan diiktiraf dunia

Merangkumi semua aspek pembanguna­n, kemudahan

- Diperhatik­an oleh Maaruf menyampaik­an bantuan awal persekolah­an.

BEAUFORT: Sistem pendidikan negara ini telah mendapat pengiktira­fan dunia sebagai salah sebuah negara yang terbaik.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata, pengiktira­fan itu merangkumi pembanguna­n dan kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan.

“Situasi itu menyebabka­n Malaysia mula menjadi tumpuan kepada pelajar negara lain untuk melanjutka­n pelajaran mereka,” katanya di sini pada Jumaat.

Sapawi berkata demikian pada majlis penyerahan bantuan khas awal persekolah­an di Sekolah Kebangsaan (SK) Gadong kepada 160 pelajar.

Beliau berkata, keupayaan universiti

SAPAWI

negara ini dalam melahirkan golongan profesiona­l dan pakar dalam bidang perubatan, kejurutera­an dan sebagainya membuatkan negara terus menjadi tumpuan.

Katanya, negara ini memiliki lima universiti yang setanding dengan universiti bertaraf dunia.

“Lima universiti inilah yang menjadi tumpuan dan seharusnya rakyat negara ini wajar bersyukur kerana nemiliki barisan kepimpinan yang amat peka dan begitu prihatin terhadap rakyat,” katanya.

Menurutnya, kelima-lima universiti itu tetap memberi keutamaan kepada pelajar negara ini.

Katanya, langkah itu kerana kerajaan mahu agar keutamaan diberikan kepada pelajar negara ini.

Sehubungan dengan itu beliau berharap pelajar negara ini tidak mensia-siakan peluang itu dan berusaha mencapai kejayaan dan kecemerlan­gan dalam pendidikan.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Guru Besar SK Gadong Maaruf Juslim, Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Lumadan Junli Yusuf dan Pegawai Perhubunga­n Ahli Parlimen Sipitang Matbali Musah.

“Keupayaan universiti negara ini dalam melahirkan golongan profesiona­l dan pakar dalam bidang perubatan, kejurutera­an dan sebagainya membuatkan negara terus menjadi tumpuan.” DATUK SAPAWI AHMAD Ahli Parlimen Sipitang

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN guru dan ibubapa yang hadir di majlis tersebut.
SEBAHAGIAN guru dan ibubapa yang hadir di majlis tersebut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia