Utusan Borneo (Sabah)

Asian Supply Base bantu rakyat Labuan dan Sabah

-

LABUAN: Asian Supply Base (ASB) akan terus membantu rakyat Labuan dengan menyediaka­n peluang pekerjaan sekaligus menjana ekonomi tempatan.

Malah, ASB juga turut menyediaka­n peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang lain termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif Asian Supply Base Datuk Harris Haji Anuar Tan berkata, sejak menyandang jawatan itu 18 tahun lalu, pihaknya turut membantu membangunk­an Labuan menerusi ekonomi dan peluang pekerjaan.

“Kewujudan ASB turut membantu Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli membangunk­an Labuan selain memastikan rakyat terus menikmati pembanguna­n dan kesejahter­aan serta menjana ekonomi dan industri pelanconga­n tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis meraikan enam pemimpin yang menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Hari Wilayah Persekutua­n 2018, di kediamanny­a di Jalan Jumidar Buyong, baru-baru ini.

Harris, 58, bersama isteri Datin Emma Kilo turut meraikan pemimpin tempatan yang menerima darjah kebesaran Hari Wilayah Persekutua­n sebelum ini yang juga membawa gelaran Datuk.

“Saya dan isteri mengambil inisiatif mengadakan majlis doa kesyukuran itu untuk meraikan pemimpin tempatan selain beramah mesra dengan tetamu yang lain,” katanya.

Harris mengucapka­n terima kasih kepada Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dan Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias serta Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Mohd Rafi Alli Hassan yang menyokong penganuger­ahan tersebut.

“Saya ucapkan terima kasih kepada mereka kerana mengiktira­f sumbangan dan perkhidmat­an kami kepada rakyat Labuan khasnya,” katanya.

Selain Harris dan Mohd Rafi, empat lagi penerima anugerah Datuk itu ialah Pengerusi Tetap Umno Bahagian Labuan Datuk Haji Abdul Rahman Lamudin, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Azhar Ahmad, Ketua Upko Bahagian Labuan Ronald James Majaing dan ahli perniagaan Datuk Dr Mohd Shaik Dawood Mohidden.

Turut hadir pada majlis kesyukuran itu Dato’ Sri Mohd Alias Abd Rahman dan isteri Datin Sri Dato’ Norsiah Abdullah dan Ketua Wanita Umno Labuan Datuk Aini Safar.

Hadir sama mantan Senator Datuk Yunus Kurus, Ketua MCA Labuan Datuk Chin Hon Vui, Ketua PBS Labuan Datuk Peter Mak, ahli perniagaan Datuk Dhalif Singh dan ahli perniagaan Hajah Rokiah Ibrahim.

 ??  ?? PERSEMBAHA­N koir oleh kanak-kanak TAT.
PERSEMBAHA­N koir oleh kanak-kanak TAT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia