Utusan Borneo (Sabah)

Lubuk udang galah terbaik

Dari Pulau Labuan ke Beluran mencari ‘Si Sepit Biru’

- Artikel Sumbangan Mu. Ridzuan

BELURAN merupakan salah satu lubuk udang galah terbaik yang pernah kami jelajahi,” jelas Kumpulan M19 Adventur Team 4x4 Labuan ketika memancing udang galah di Kampung (Kg) Kolapis dalam daerah Beluran.

Kisah pengembara­an kumpulan yang berasal dari Pulau Labuan ini untuk memancing udang galah di daerah Beluran ini bermula apabila salah seorang ahli kumpulan ini terbaca rencana yang bertajuk ‘Si Sepit Biru Beluran’ yang diterbitka­n di Utusan Borneo baru-baru ini.

Jelas mereka melalui rencana tersebut perasaan ingin merasai sendiri sentapan udang galah di daerah Beluran ini terasa membuak-buak dalam diri mereka.

Usaha mereka mencari kenalan di daerah Beluran berhasil dan bermulalah ekspedisi kumpulan ini untuk merasai sentapan udang galah Beluran.

Cuti panjang sempena perayaan Tahun Baharu Cina baru-baru ini tidak dilepaskan begitu sahaja.

Kesempatan cuti tersebut diatur dengan rapi dengan persiapan joran untuk memancing udang galah dan beberapa kelengkapa­n lain disediakan lebih awal.

Menurut Zahari Awang perancanga­n memancing udang ini sudah mereka atur apabila berjaya mendapatka­n tekong yang boleh membawa mereka ke lubuk udang galah yang diidamkan.

Tambahnya, tekong yang bernama Radiman bersama dengan rakannya itu menjanjika­n lokasi udang galah yang menarik dan tidak memakan masa perjalanan yang jauh ke lokasi berkenaan.

Perjalanan dari Pulau Labuan ke Pekan Beluran mengambil masa sembilan jam perjalanan.

Perjalanan yang jauh ini sudah biasa ditempuhi oleh ahli kumpulan ini disebabkan kumpulan ini pada asalnya bermula dengan kenderaan pacuan empat roda.

Tiba hari yang telah dijanjikan, seramai lapan orang ahli kumpulan yang menyertai ekspedisi ini berada di jeti Kg. Kolapis.

Berbekalka­n umpan cacing yang disediakan oleh Radiman, perjalanan menuju ke lubuk udang galah bermula.

Menggunaka­n perahu yang boleh memuatkan 10 orang dewasa, perjalanan ke lokasi lubuk pertama hanya mengambil masa 20 minit perjalanan. Cuaca yang sedikit redup dan keadaan air pasang yang tidak terlalu kuat arusnya menjadikan suasana memancing lebih menarik.

Sentapan demi sentapan dirasai oleh kesemua pemancing pada hari tersebut. Setiap orang telah menggunaka­n dua atau tiga joran dan apabila sentapan udang mula dirasai, kesemua pemancing di atas bot mula sibuk dengan menarik joran mereka.

Bagi Shafie Ghazali kepuasan memancing udang galah di sini ialah apabila kesemua joran yang mereka gunakan mengena dengan sentapan udangnya sehinggaka­n belum sempat mata kail dilepaskan dari udang, joran lain sudah mula direntap oleh udang galah yang berada dilubuk berkenaan.

Shafie yang berasal dari Kedah juga turut memuji lubuk udang galah yang terdapat di Beluran ini. Katanya, lubuk udang galah di sini merupakan takat udang galah yang terbaik yang pernah dia pancing sehinggaka­n ada satu ketika dia tidak menang tangan menarik kesemua joran yang direntap oleh penghuni lubuk.

Bagi Zahari pula, walaupun daerah Beluran ini agak jauh dari Pulau Labuan dan perjalanan ke daerah ini mengambil masa yang agak lama namun perjalanan yang jauh itu berbaloi dengan kepuasan yang kami dapat semasa memancing udang galah di sini. Sebanyak 96 ekor udang galah berjaya diperolehi pada hari pertama ekspedisi memancing udang galah ini. Keseronoka­n memancing pada hari pertama tersebut menyebabka­n mereka meneruskan lagi memancing pada keesokkan harinya.

Pada hari kedua, kumpulan ini berjaya mengumpul jumlah tangkapan kurang dari hari pertama ekspedisi memancing ini dibuat namun kepuasan jelas dirasa apabila hari kedua ini udang galah bersaiz jenggo berjaya dinaikkan.

Jelas mereka lokasi dan lubuk udang galah ini adalah antara yang terbaik. Walaupun udang galah yang bersaiz jenggo iaitu udang galah yang mempunyai sepit biru yang panjang tidak banyak berjaya dinaikan namun jumlah udang galah yang berjaya dinaikkan sangatlah memuaskan.

“Jika ada kesempatan terutama pada cuti umum yang panjang, kami pasti akan datang lagi ke lubuk udang galah Beluran ini,” kata mereka sebelum mereka berangkat balik ke destinasi asal mereka. -

 ??  ?? KEPUASAN REPLIKA udang galah yang terletak di Pekan Beluran membawa simbolik daerah ini memiliki udang galah yang banyak. SHAFIE berjaya menjinakka­n Si Sepit Biru. ZAHARI bersaiz jenggo. RADIMAN menyediaka­n ‘lumpur rasuah’ untuk menggalakk­an udang...
KEPUASAN REPLIKA udang galah yang terletak di Pekan Beluran membawa simbolik daerah ini memiliki udang galah yang banyak. SHAFIE berjaya menjinakka­n Si Sepit Biru. ZAHARI bersaiz jenggo. RADIMAN menyediaka­n ‘lumpur rasuah’ untuk menggalakk­an udang...
 ??  ?? SALAH satu lubuk udang galah yang digelar simpang Sungai Kebun. PANAS mentari tidak dirasa apabila udang galah sudah mengena.
SALAH satu lubuk udang galah yang digelar simpang Sungai Kebun. PANAS mentari tidak dirasa apabila udang galah sudah mengena.
 ??  ?? UDANG galah bersaiz sederhana ini paling banyak diperolehi.
UDANG galah bersaiz sederhana ini paling banyak diperolehi.
 ??  ?? KEPUASAN jelas dirasa oleh Razali apabila berjaya menaikan udang galah bersaiz jenggo.
KEPUASAN jelas dirasa oleh Razali apabila berjaya menaikan udang galah bersaiz jenggo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia