Utusan Borneo (Sabah)

430 OKU terima kad pengenalan diri sejak 2014

- Oleh DELLROY

SERAMAI 430 pelatih orang kelainan upaya (OKU) di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di negeri ini menerima kad pengenalan diri sejak diperkenal­kan pada 2014 sehingga kini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, pemberian kad pengenalan itu merupakan inisiatif Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) dalam memudahkan urusan para ibu bapa pelatih yang mempunyai anak OKU untuk mendapatka­n kad pengenalan sendiri tanpa perlu ke pejabat JPN berdekatan.

“Perkhidmat­an turun padang pihak JPN ini tidak hanya tertumpu di setiap PDK malah rakyat yang tinggal jauh di pedalaman turut menerima manfaat untuk mendapatka­n kad pengenalan sendiri melalui mahkamah bergerak di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Penyerahan Kad Pengenalan di Pusat PDK Kampung Merampong, di sini pada Rabu. Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pegawai Perhubunga­n Parlimen Keningau Agustine Nain.

Pairin berkata, usaha yang dilakukan itu memperliha­tkan kesungguha­n kerajaan hari ini menitikber­atkan keperluan rakyat yang memerlukan termasuk keperluan prasarana pembanguna­n yang disalurkan melalui peruntukan negeri dan persekutua­n.

Pengerusi PDK Merampong Sallehuddi­n Tahir berkata, ia telah memberi sinar baharu kepada para pelatih yang telah mendapat kad pengenalan di mana mereka boleh diketengah­kan untuk mendapatka­n pekerjaan atau menjalani kursus di institusi lain.

“Setakat ini, kami telah melatih seorang pelatih di sini untuk melanjutka­n pembelajar­an di GiatMara Keningau dalam bidang elektrikal dan mungkin salah seorang lagi akan dihantar ke Pejabat Yayasan Sabah untuk menjalani krusus kraftangan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PDK Keningau Hasnah Atu berkata, setakat ini PDK Keningau juga menghantar tiga pelatihnya untuk melanjutka­n pelajaran di Bangi, Selangor, Kimanis, GiatMara serta akan menghantar dua lagi pelatih pada masa akan datang.

Pada masa sama, beliau juga berharap pihak berwajib dapat mempercepa­tkan proses pemilikan tanah agar pihaknya dapat membangunk­an bangunan sendiri memandangk­an ketika ini PDK Keningau hanya menyewa sebuah rumah untuk menempatka­n seramai 120 pelatih.

 ??  ?? AGUSTINE merakamkan kenangan bersama penerima kad pengenalan.
AGUSTINE merakamkan kenangan bersama penerima kad pengenalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia