Utusan Borneo (Sabah)

DATUK USTAZ MOHAMAD KAZIM BIN ELIAS

-

lahir di Kampung Paya, Batu Kurau, Selama, Perak pada 28 November 1972.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah RendahTokS­ajakBatuKu­rau sebelum menyambung persekolah­annyadiSek­olah Kebangsaan Seri Besout Felda Gunung Besout, Sungkai. Kemudian beliau menyambung pelajaran menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Besout dan dilantik sebagai pengawas dan Ketua Pelajar.

Beliau kemudianny­a menyambung pelajaran di Sekolah Agama Syubbaniah, Batu Kurau walaupun lulus cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selepas tamat sekolah agama, beliau memasuki Maahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Negeri Perak di Masjid Negeri Perak sehingga mendapat Diploma Tahfiz Al Quran.

Selepas itu, beliau bertugas sebagai guru Maahad Tahfiz Al Quran Addin, Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak pada tahun 1993. Beliau juga adalah pensyarah di Pusat Perkhidmat­an Keluarga Cawangan Negeri Perak dan kemudian dilantik sebagai pengarah bagi pusat kaunseling pada 1996. Beliau adalah pengasas dan pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah di Ipoh Perak.

Anak ke 7 dari 9 adik beradik ini dari pasangan Elias bin Che Mat dan Nazirah binti Ismail, guru agama sekolah di Batu Kurau. Kedua-dua datuk dan neneknya adalah guru agama di sekitar Batu Kurau awal tahun 1900.

Beliau adalah adik kepada Kapt (B) Dato Haji Mohd Najmuddin Elias dan ADUN Kubu Gajah, Larut, Ahmad Hasbullah Alias.

Beliau menerima Anugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutua­n pada 1 Februari 2015. Beliau juga dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1437 Peringkat Negeri Perakpada tahun

2015.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia