Utusan Borneo (Sabah)

Jadikan al-Quran panduan

Ke arah penyatuan dan perpaduan ummah

-

KOTA KINABALU: Jadikan al-Quran sebagai panduan ke arah penyatuan dan perpaduan ummah.

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr. Haji Juhar Datuk Mahiruddin berkata, al-Quran memimpin ke arah penyatuan, kesatuan dan perpaduan ummah sebagai landasan menjayakan apa jua perancanga­n demi kemajuan negeri dan negara.

“Sebenarnya al-Quran bermatlama­t menjana umat Islam ke arah perpaduan iaitu bersatu dan berukhuwah untuk menjamin kesejahter­aan ummah.

“Al-Quran juga menjadi wasilah yang bersifat wasyatiyya­h untuk meningkatk­an syiar Islam ke seluruh masyarakat majmuk dengan lebih berkesan.

“Tidak akan ada kejayaan tanpa adanya perpaduan yang akan mensejahte­rakan ummah dan negara kerana itu, ukhuwah perlu dijalin untuk membentuk perpaduan,” katanya.

Tun Juhar berkata demikian pada Majlis Perasmian dan Majlis Penyampaia­n Hadiah Sempena Majlis Tilawah AlQuran (MTQ) Peringkat Negeri Sabah 1439H/ 2018 di Dewan Sa’adah Wisma Muis, pada malam Jumaat.

Tambah beliau, untuk mengangkat citra bangsa dan keagungan agama, setiap umat Islam perlu mempertaha­nkan

“Tidak akan ada kejayaan tanpa adanya perpaduan yang akan mensejahte­rakan ummah dan negara kerana itu, ukhuwah perlu dijalin untuk membentuk perpaduan.” TUN DR. HAJI JUHAR DATUK MAHIRUDDIN Yang Dipertua Negeri Sabah

kesatuan dan memperkasa­kan perpaduan yang selama ini di bina secara bersama.

Katanya, setiap perbezaan yang muncul hendaklah ditangani mengikut acuan adab dan budaya berpanduka­n panduan yang digariskan oleh agama.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaik­an hadiah kepada johan Qari Mohd Ayub Maidi yang mewakili Bahagian Tawau manakala johan Qariah pula dimenangi Nurfateen Izzati Rablin dari Bahagian Pantai Barat Utara.

Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000, pakej menunaikan fardhu haji sumbangan Kerajaan Negeri Sabah, piala iringan, sijil penyertaan dan hadiah iringan berupa sepersalin­an pakaian, buku-buku agama sumbangan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Sabah serta seutas jam tangan sumbangan Pejabat Setiausaha Persekutua­n Negeri Sabah.

Kedua-dua johan akan mewakili Sabah ke MTQ Peringkat Kebangsaan di Wilayah Persekutua­n Putrajaya pada April.

Nurfateen Izzati turut dinobat sebagai Johan Negeri Terbaik dan menerima wang tunai RM1,000 dan piala iringan.

Naib johan Qari diraih Afizan Wangkee dari Bahagian Pantai Barat Selatan dan Naib Johan Qariah pula dimenangi Siti Hatijah Marsuki dari Bahagian Tawau.

Masing-masing mereka menerima hadiah wang tunai RM4,000, trofi, sijil penyertaan dan hadiah iringan.

Manakala, Muhd Fiqri Muhd Fahmi mewakili Bahagian Pantai Barat Selatan dan Halipah Machu dari Bahagian Pedalaman Bawah diumum sebagai pemenang tempat ketiga MTQ tahun ini menerima hadiah wang tunai RM3,000, trofi, sijil penyertaan dan hadiah iringan.- Jabaran Penerangan.

 ??  ?? Gambar atas TUN Juhar menyampaik­an hadiah kepada johan Qariah, Nurfateen Izzati Rablin dari Bahagian Pantai Barat Utara.
Gambar atas TUN Juhar menyampaik­an hadiah kepada johan Qariah, Nurfateen Izzati Rablin dari Bahagian Pantai Barat Utara.
 ??  ?? TUN
Juhar diiringi Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman menyampaik­an hadiah kepada johan Qari, Mohd Ayub Maidi (Tawau) sambil disaksikan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, merangkap Pengerusi Induk Jawatankua­sa MTQ Sabah Datuk Mohd. Arifin Mohd Arif...
TUN Juhar diiringi Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman menyampaik­an hadiah kepada johan Qari, Mohd Ayub Maidi (Tawau) sambil disaksikan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, merangkap Pengerusi Induk Jawatankua­sa MTQ Sabah Datuk Mohd. Arifin Mohd Arif...
 ??  ?? TUN Juhar ketika menyampaik­an perutusan sempena MTQ Peringkat Negeri Sabah 2018 di Dewan Sa’adah Wisma Muis.
TUN Juhar ketika menyampaik­an perutusan sempena MTQ Peringkat Negeri Sabah 2018 di Dewan Sa’adah Wisma Muis.
 ??  ?? Gambar kanan KUMPULAN Nasyid Ursa dari Papar ketika mempersemb­ahkan nyanyian dakwah kepada para hadirin.
Gambar kanan KUMPULAN Nasyid Ursa dari Papar ketika mempersemb­ahkan nyanyian dakwah kepada para hadirin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia