Utusan Borneo (Sabah)

Jaminan Ketua Menteri khabar gembira untuk umat Islam di Tawau

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Khabar gembira kepada umat Islam apabila Ketua Menteri Tan Sri Musa Hj Aman sedia meluluskan tanah seluas 10 ekar untuk kegunaan tanah perkuburan Islam di daerah ini.

Jaminan itu susulan permintaan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Apas Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan mewakili umat Islam di Tawau.

Musa memberikan jaminan bahawa usul itu akan disuarakan­nya sendiri pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

“Kita (Kerajaan Negeri) tidak ada tanah, hanya hutan simpan dan kita tidak boleh ambil sebarangan, kita perlu tukar dahulu status tanah kepada Tanah Negeri,” katanya.

Beliau berkata perkara itu akan dibawa ke DUN untuk menukar kelas tanah kepada Kelas Satu, Dua ataupun Tiga untuk kelulusan tanah 10 ekar terbabit.

Menurutnya, maklumbala­s yang diberikan itu adalah contoh Kerajaan Negeri yang prihatin terhadap keperluan masyarakat di Sabah termasuk umat Islam di daerah ini.

“Perkara ini selalu disuarakan para wakil rakyat di sini (berhubung kesesakan di Tanah Perkuburan Orang Islam Wilis, Jalan Utara) dalam Persidanga­n DUN,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meluluskan permintaan peruntukan RM150,000 daripada Kerajaan Negeri untuk tambahan fasiliti Masjid Nurul Falah Kg Membalua.

Peruntukan­itudikhusu­skan untuk membina pagar, atap dan lantai ‘mosaic’ demi memastikan keselesaan penduduk di Membalua khususnya umat Islam dalam beribadah.

Usul mengenai peruntukan itu juga disampaika­n oleh Tawfiq melalui ucapan alu-aluan sempena majlis perasmian Masjid Nurul Falah Kg Membalua, di sini pada Ahad.

Masjid baharu itu dibina di atas tapak seluas 65 x 100 kaki dengan ruang seluas 35 x 35 yang mampu menampung 300 jemaah pada satu-satu masa dan siap pada Oktober 2017.

Musa dalam ucapan perasmiann­ya turut memuji Tawfiq yang disifatkan­nya cerminan kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa amanah menjalanka­n tugas termasuk turun padang bertemu rakyat.

“Saya amat terharu tetapi bersyukur kerana walaupun tidak sihat, semangatny­a cukup kuat untuk bersamasam­a rakyat, menjalanka­n tanggungja­wab dan amanah sebagai Yang Berkhidmat (YB).

“Saya sedih kerana beliau adalah menteri saya yang terbaik, dan setiap kali ke Kuala Lumpur, saya mesti berjumpa beliau (Tawfiq menerima rawatan di ibu negara) bertanya khabar dan mendoakan kesihatann­ya kembali pulih untuk terus bersama-sama kita,” katanya.

 ??  ?? TAWFIQ menyerahka­n cenderamat­a kepada Musa sempena majlis perasmian Masjid Nurul Falah Kg Membalua di Tawau.
TAWFIQ menyerahka­n cenderamat­a kepada Musa sempena majlis perasmian Masjid Nurul Falah Kg Membalua di Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia