Utusan Borneo (Sabah)

PEMBANGKAN­G TERDESAK

Sanggup api-apikan sentimen perkauman

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Parti pembangkan­g di negeri ini disifatkan dalam situasi terdesak sehingga sanggup mengapi-apikan sentimen perkauman sematamata mahu meraih sokongan rakyat.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Hj Aman berkata tindakan memainkan isu perkauman bukanlah budaya orang Sabah walaupun rakyat di negeri ini berbilang kaum dan agama.

“Kita mengajak rakyat menolak pihak pembangkan­g yang suka mengapi-apikan perkauman, kerana kita tidak ada isu (perkauman) di Sabah,” katanya di sini pada Ahad.

Beliau berkata hubungan persaudara­an di Sabah tidak mengira kaum atau agama, malah semenjak dahulu lagi rakyat di negeri ini hidup bersatu-padu dan hormatmeng­hormati.

Sepanjang menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina di seluruh Sabah, beliau gembira kerana setiap majlis itu dihadiri masyarakat berbilang kaum.

“Ini terbukti semasa saya menghadiri lima majlis hari ini (Ahad), (justeru) perpaduan perlu dikekalkan bukan sahaja kepadakita­tetapiuntu­kgenerasi akan datang,” katanya.

Musa berkata menyedari kepentinga­n keamanan, kerajaanju­gamemberip­erhatian kepada aspek keselamata­n khususnya Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Malah, kewujudan Esscom terbukti berupaya memastikan keamanan dan keselamata­n di negeri ini dinikmati, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

“Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana mengambil inisiatif mewujudkan Esscom sematamata memastikan keamanan dan keselamata­n di Sabah dapat diwujudkan.

“Begitu juga penyediaan kelengkapa­n dan aset kepada anggota pasukan keselamata­n demi memastikan Esscom dapat menjaga keselamata­n khususnya di Esszone,” katanya.

Dalam lawatan kerjanya di sini, Musa menghadiri tiga majlis rumah terbuka, masingmasi­ng di Parlimen Tawau, sebuah kediaman warga Tawau dan sebuah kilang.

Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan serta Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Tawau Datuk Mary Yap Kain Ching, Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat, Adun Sebatik Datuk Abdul Muis Picho dan Pembangu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur merangkap Adun Kawang Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.

 ?? - Gambar BERNAMA ?? PELUANG KERJA: Sebahagian graduan mengisi borang temuduga pada Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Zon Tengah di Taman Ekspo Agro Malaysia (MAEPS) Serdang pada Ahad. Program diadakan selama dua hari dengan menawarkan lebih...
- Gambar BERNAMA PELUANG KERJA: Sebahagian graduan mengisi borang temuduga pada Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Zon Tengah di Taman Ekspo Agro Malaysia (MAEPS) Serdang pada Ahad. Program diadakan selama dua hari dengan menawarkan lebih...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia