Utusan Borneo (Sabah)

72 ikuti Latihan Kecekapan Menembak

- MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Seramai 72 orang terdiri daripada pegawai kanan, anggota pangkat rendah (APR) PDRM dan Perkep IPD Lahad Datu telah terlibat dalam program Latihan Kecekapan Menembak yang diadakan di Lapang Sasar Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 17 Lahad Datu, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata, latihan itu diadakan bagi meningkatk­an kecekapanm­enembaksen­jata jenis Revolver 3.8 (4 inci) dalam kalangan pegawai kanan dan anggota APR serta ahli Perkep.

Selain itu katanya, tujuan utama latihan adalah untuk mencari ahli tembak yang berbakat dalam kalangan pegawai dan anggota untuk mewakili IPD Lahad Datu dalam pertanding­an menembak bagi peringkat daerah.

“Sebanyak 16 pasukan telah mengambil bahagian dalam acara ini yang terdiri 12 pasukan pegawai dan APR manakala empat pasukan Perkep. Kumpulan yang cemerlang turut membawa pulang hamper sumbangan IPD Lahad Datu bagi kategori masing-masing,” katanya.

Hamzah mengucapka­n tahniah dan terima kasih atas sokongan setiap peserta dan berharap berpeluang mengadakan pertanding­an seumpamany­a di masa akan datang.

Terdahulu, acara perasmiant­urutmenyak­sikan Hamzah melepaskan tiga das tembakan yang mengenai sasaran tiga plat sekaligus merancakka­n lagi acara kemuncak perasmian majlis itu.

Hadir sama ialah Pengerusi Perkep IPD Lahad Datu Sulastri Fethihana Swanto.Oleh

 ??  ?? HAMZAH merakamkan album bersama semua pegawai, APR dan ahli Perkep.
HAMZAH merakamkan album bersama semua pegawai, APR dan ahli Perkep.
 ??  ?? HAMZAH menyampaik­an hamper kepada Sulastri.
HAMZAH menyampaik­an hamper kepada Sulastri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia