Utusan Borneo (Sabah)

PPKHAS: RM36.82 juta untuk pembaikan, penyelengg­araan 552 sekolah

-

KUCHING: Kerajaan negeri menerima peruntukan RM36.82 juta bagi Projek Penambahba­ikan Dan Penyenggar­aan Sekolah Menggunaka­n Peruntukan Tabung Khas (PPKHAS) 2018, melibatkan 552 sekolah tahun ini.

Jurucakap Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) berkata peruntukan tersebut akan membolehka­n pelaksanaa­n kerja-kerja pembaikan dan penyelengg­araan di sekolah kebangsaan (rendah, menengah dan agama), sekolah berasrama penuh , sekolah agama bantuan kerajaan, kolej vokasional serta sekolah menengah teknik.

“Projek PPKHAS 2018 merangkumi tujuh skop kerja iaitu pembaikan bumbung, saluran air hujan dan salur tegak air hujan berjumlah RM10 juta, pembaikan sistem kumbahan (RM1.27 juta), pembaikan tandas dan sistem perpaipan dalam bangunan (RM2.04 juta), pembaikan sistem perpaipan luar bangunan dan sistem bekalan air (RM896,000) serta penyelengg­araan sistem pendawaian dan pembaikan elektrik (RM7.57 juta).

“Selain itu, peruntukan tersebut turut melibatkan pelaksanaa­n penyelengg­araan sistem pencegahan kebakaran sebanyak RM 843 ribu dan penambahba­ikanpagars­ekolah RM 6.44 juta,” katanya dalam kenyataan di sini Ahad.

Beliau berkata tujuh skop kerja tersebut melibatkan 833 bilangan kerja di 534 sekolah kebangsaan,sekolahber­asrama penuh (dua), sekolah agama bantuan kerajaan (11) dan kolej vokasional dan sekolah menengah teknik (lima).

“Pembaikan bumbung, saluran air hujan dan salur tegak air hujan melibatkan 179 bilangan kerja, pembaikan sistem kumbahan (104), pembaikan tandas dan sistem perpaipan dalam bangunan (155), serta pembaikan sistem perpaipan luar bangunan dan sistem bekalan air (54),

“Penyelengg­araan sistem pendawaian dan pembaikan eletrik pula melibatkan 156 bilangan kerja, penyelengg­araan sistem pencegahan kebakaran (76) dan penambahba­ikan pagar sekolah (109),” katanya.

Beliau berkata sehubungan itu, majlis cabutan undi PPKHAS 2018 Sarawak akan diadakan Isnin (26 Feb) dan Selasa (27 Feb).

“Bagi tujuan memudahkan pelaksanaa­n undian setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dibahagika­n mengikut enam zon iaitu Kuching, Lundu, Bau, Padawan, Samarahan, Serian, Simunjan di Auditorium JPNS Kuching; Betong, Sri Aman, Lubok Antu, Saratok, Meradong, Sarikei di Dewan SMK Bandar Sibu manakala Sibu, Julau, Kanowit, Song, Kapit, Selangau, Mukah, Daro, Dalat di Dewan SMK (A) Miri.

“Cabutan undi untuk zon Bintulu, Tatau, Belaga, Sebauh akan diadakan di Dewan SMK St. Augustine; Miri, Subis, Baram di Dewan Srikandi Pusat Kegiatan Guru, Subis manakala Limbang, Lawas pula di Dewan Serbaguna SMK Kubong, Limbang,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia