Utusan Borneo (Sabah)

JPJ nafi dakwaan anggotanya berkelakua­n samseng

- Bernama

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) menafikan tohmahan yang tular di media sosial baru-baru ini kononnya beberapa anggota JPJ berkelakua­n samseng dan telah memecahkan cermin lori bagi mendapatka­n maklumat pemandu.

Bahagian Korporat dan Perancanga­n Strategik JPJ dalam kenyataann­ya pada Ahad berkata JPJ turut kecewa dengan dakwaan palsu terhadap anggotanya yang melaksanak­an tugas bagi menjamin keselamata­n pengguna jalan raya.

Kenyataan itu menjelaska­n, dalam kejadian pada 22 Feb kirakira 11.15 malam di KM29 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, anggota JPJ yang bertugas melihat sebuah lori menghala ke Johor Bharu dan mengesyaki membawa muatan melebihi had yang dibenarkan.

“Pasukan JPJ telah mengekori lori tersebut dengan memasang lampu mata arah sebelum mengarahka­n kenderaan itu untuk berhenti di bahu jalan ketika berada di lokasi yang dinyatakan. “Setelah memberhent­ikan kenderaan, pasukan JPJ membuat pemeriksaa­n terhadap kenderaan tersebut namun pemandu lori telah menyorok dan mengunci kesemua pintu lori,” katanya.

Jelas JPJ, semasa pemeriksaa­n, anggota pasukan JPJ mendapati ada ruang terbuka di sebelah tingkap kiri bahagian tepi belakang kenderaan lalu menyelak langsir tingkap lori tersebut dan mendapati pemandu berada di dalam.

“Pemandu tersebut enggan memberikan kerjasama apabila diminta untuk diperiksa permit serta dokumen berkaitan dan arahan membawa kenderaan ke Stesen Penguat Kuasa JPJ Ulu Tiram untuk ditimbang,” menurut kenyataan itu.

Pemandu tersebut juga menuduh anggota yang terlibat memecahkan cermin lori tersebut sedangkan ia sudah sedia tertanggal dan jatuh ke tanah terlebih dahulu serta tidak pecah.

Jelas kenyataan itu, pasukan JPJ telah pun membuat laporan polis di atas ugutan dibuat oleh pemandu lori tersebut yang berkemungk­inan mengancam keselamata­n anggota dan anggota keluarga mereka.

Sehubungan itu, JPJ menyeru masyarakat agar tidak mudah terpengaru­h dengan sebarang cerita, perkongsia­n mahupun berita tanpa mendapatka­n kepastian daripada sumber yang benar.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia