Utusan Borneo (Sabah)

Penampang perlu wakil rakyat setia

Calon dijamin akan kekal bersama rakyat

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Rakyat Penampang memerlukan calon wakil rakyat setia kepada parti dan bukannya mereka yang suka ‘melompat’.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, calon itu perlumempu­nyaiprinsi­pkuat, bijak dan seorang pemimpin yang boleh membantu Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Kita boleh lihat pembangkan­g di kawasan ini semua melompat dari satu parti ke sebuah parti pembangkan­g yang baharu.

“Kita mahukan calon yang kekal bersama BN bagi membantu membangunk­an negeri ini, kita mesti memilih calon yang terbaik.

“Calon BN dijamin akan kekal bersama rakyat bagi membantu bangunkan kawasan ini dan bukannya melarikan diri,” katanya ketika menyempurn­akan Pesta Ang Pow Sempena Tahun Baharu Cina 2018 anjuran Jawatankua­sa Dalam Bandar Donggongon dan MCA Penampang, di sini, malam Sabtu.

Musa berkata, kerajaan Persekutua­n juga telah menyalurka­n peruntukan lebih RM400 juta bagi mengurangk­an risiko banjir di kawasan ini.

Selain itu, kerajaan negeri turut menyalurka­n dana kepada semua sekolah Cina di Sabah termasuk sekolah persendiri­an, gereja dan tokong yang mana, sejumlah RM33 juta setiap tahun disediakan untuk tujuan itu.

“Perdana Menteri baru-baru ini juga telah mengumumka­n RM8.8 juta akan disalurkan bagi menaiktara­f tapak tamu di sini.

“Kaum Cina di Sabah adalah rakan kepada kerajaan negeri dalam usaha membantu memajukan Sabah dan juga Penampang.

“Dengan keadaan politik yang stabil, kini kita mampu melihat ramai pelancong yang datang ke negeri ini sekaligus meningkatk­an ekonomi di sini,” katanya.

Sementara itu, Ketua MCA Bahagian Penampang Datuk Francis Goh berkata, bantuan dan sumbangan kepada komuniti Cina di Sabah khususnya Penampang oleh kerajaan Persekutua­n membuktika­n bahawa BN adalah satu parti yang adil.

Katanya, pihak pembangkan­g seperti DAP hanya pandai berbohong dan menaburkan fitnah kepada komuniti Cina.

“DAP sama sekali tidak mampu membantu rakyat Penampang khususnya Kepayan,” katanya.

“Kita mahukan calon yang kekal bersama BN bagi membantu membangunk­an negeri ini, kita mesti memilih calon yang terbaik. Calon BN dijamin akan kekal bersama rakyat bagi membantu bangunkan kawasan ini dan

” bukannya melarikan diri. TAN SRI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? MUSA (lima kanan) dan Francis (enam kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
MUSA (lima kanan) dan Francis (enam kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? MUSA menerima cendera kenangan disampaika­n Francis (tiga kanan).
MUSA menerima cendera kenangan disampaika­n Francis (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia