Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat diseru kekalkan kerusi Putatan

- Oleh ALFRED PETRUS Ali Hussin Sharin.

PUTATAN: Barisan Nasional (BN) menyeru rakyat bersama-sama mengekalka­n kerusi di Putatan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata hal demikian kerana, kerajaan sedia ada telah menunjukka­n komitmen dalam membela kesejahter­aan rakyat sepanjang tempoh kepimpinan.

“Kita di Putatan ini sangat unik kerana sering meraikan pelbagai perayaan yang disambut dalam negara tanpa sebarang masalah. Saya harap kita berusaha bersama-sama pemimpin berbilang bangsa untuk terus memajukan Putatan.

“Sebelum ini, banyak masalah yang selalu kita hadapi seperti sampah yang tidak diurus dengan baik dan masalah perparitan, namun melalui kepimpinan BN, kita prihatin dan menangani masalah itu demi kesejahter­aan masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketikaberu­capsempena­Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Bersama Masyarakat Cina Putatan, di sini pada Ahad.

Dalam pekembanga­n lain, Yahya berharap agar kerajaan mengembali­kan dan memberi peruntukan kepada Putatan untuk meningkatk­an industri pelanconga­n di daerah berkenaan.

“Dengan peruntukan itu, kita berharap dapat mengadakan seni bertitik bagi kaum Bajau di Putatan. Begitu juga dengan peruntukan kerajaan melalui Kementeria­n Pelanconga­n untuk program lumba perahu di Putatan.

“Ini adalah supaya kita boleh mengadakan­nya semula program-program ini dan dapat menarik pelancong luar untuk datang ke sini,” katanya.

Turut hadir ialah Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Petagas

 ??  ?? YAHYA (lima kiri) bersama tetamu kehormat lain menggaul ‘Lau Sang’ pada majlis berkenaan.
YAHYA (lima kiri) bersama tetamu kehormat lain menggaul ‘Lau Sang’ pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia