Utusan Borneo (Sabah)

700 peserta meriahkan Fit Sepanggar 4.0

-

KOTA KINABALU: Seramai 700 peserta menjayakan Program Fit Sepanggar 4.0 anjuran Team Belia Umno Sepanggar.

Program berkenaan melibatkan aktiviti pendakian di Bukit Tirig Kampung Lapasan Telipok, di sini.

Penganjura­nnya turut mendapat kerjasama Pusat Daerah Mengundi (PDM) Telipok Laut dan Jawatankua­sa Umno Sepanggar.

Pelepasan peserta disempurna­kan oleh Pemangku Ketua Umno Bahagian Sepanggar Datuk Yakub Khan.

Beliau berkata, program riadah itu bertujuan meningkatk­an kesedaran kesihatan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia.

“Pada awalnya kita menyasarka­n peserta sekitar 200 hingga 300 orang.

“Namun sambutan di luar jangkaan apabila peserta yang hadir mencecah hingga 700 orang,” jelasnya.

Menurutnya, program itu turut mendapat penyertaan seorang warga emas yang berumur 80 tahun selain peserta termuda iaitu kanakkanak berusia lima tahun.

Pihaknya gembira melihat sambutan peserta yang begitu memberangs­angkan.

“Ini memperliha­tkan masyarakat di Parlimen Sepanggar sememangny­a peka terhadap pentingnya penjagaan kesihatan melalui aktiviti riadah.

“Sayajugain­ginmemberi­kan penghargaa­n kepada Team Belia Umno Sepanggar yang bertungkus-lumus menjayakan Fit Sepanggar pada kali ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mencadangk­an agar aktiviti riadah dan sukan seperti itu diperbanya­kkan merangkumi jenis-jenis sukan yang lain.

Pada majlis itu, Yakub turut menyampaik­an medal kepada para pemenang bagi enam kategori yang dipertandi­ngkan merangkumi kategori Senior Lelaki, Senior Wanita, Terbuka Belia, Terbuka Beliawanis, Kanak-Kanak Lelaki dan kategori KanakKanak Perempuan.

Program itu juga dibuka secara percuma kepada semua peserta.

 ??  ?? YAKUB (tengah)) merakamkan kenangan bersama peserta.
YAKUB (tengah)) merakamkan kenangan bersama peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia