Utusan Borneo (Sabah)

Tiada ucapan bersifat perkauman

Menteri Luar berkata kaum yang memerintah adalah Sabah tulen

- Oleh DELLROY

TENOM: Dakwaan pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) kononnya Menteri Luar memberikan ucapan bersifat perkauman pada minggu lalu disifatkan sebagai polemik politik pembangkan­g yang hanya akan menggugat perpaduan rakyat di negeri ini.

Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata laporan polis yang dibuat oleh Setiausaha Agung Warisan Loretta Padua Jr dan kenyataan dalam beberapa ceramah Naib Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Peter Anthony terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ternyata berniat jahat.

Katanya, setelah mendengar video asli ucapan Anifah di majlis makan malam Tahun Baharu Cina di Hotel Meridien, Kota Kinabalu pada 9 Februari lepas, ternyata tiada sepatah perkataan perkauman langsung yang disebut.

“Tuduhan perkauman yang dibuat dalam laporan polis Loretta itu ternyata tidak benar. Malah Datuk Seri Anifah ada berkata tidak kira apa sekali kaum yang akan dipilih untuk memerintah Sabah, yang penting dia adalah Sabah tulen.

“Saya tidak lihat apa-apa elemen perkauman dalam istilah Sabah tulen. Apa yang jelas, istilah Sabah tulen yang dimaksudka­nnya merujuk kepada warganegar­a yang sah dan mereka yang asal usulnya dari Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Raime berkata, sebagai seorang pemimpin yang telah membimbing­nya dalam politik, beliau sudah lama dan begitu mengenali Anifah.

“Tidak pernah saya lihat dan dengar Datuk Seri Anifah bersikap perkauman dan mengungkap­kan kata-kata yang berbaur perkauman.

“Beliau adalah seorang pemimpin yang adil dan bijaksana dalam tindak tanduknya. Tuduhan rasis terhadapny­a ternyata tersasar sama sekali,” katanya. Sebelum itu, Loretta dilaporkan sudah membuat laporan polis susulan penyebaran video ucapan Anifah yang dipercayai merujuk kepada Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Apdal sebagai orang luar dalam ucapannya.

Mengulas hal itu, Raime turut melahirkan kebimbanga­n bahawa laporan berkenaan didalangi oleh pihak tertentu yang berniat jahat.

“Laporan polis itu dikhuatiri mempunyai niat yang lain kerana pada masa yang sama, ada sesetengah pihak yang telah menularkan video ucapan yang telah disunting seolah-olah Datuk Seri Anifah merujuk Datuk Seri Shafie Apdal sebagai orang luar dalam ucapannya.

“Padahal ketika sesi bersama wartawan, yang mana video sesi itu telah menular, Datuk Seri Anifah menjelaska­n pihak tertentu yang dikatakan akan mengambil kembali Sabah bukan merujuk kepada Datuk Seri Shafie tetapi dalam konteks istilah Sabah tulen,” jelasnya.

Beliau khuatir ada pihak yang berniat jahat untuk membina persepsi dan menimbulka­n polemik politik yang berlandask­an perkauman bagi membangkit­kan emosi kaum tertentu dan seterusnya memberi undi kepada parti politik tertentu.

Sehubungan itu, beliau merujuk kepada satu ceramah Peter, di mana beliau ada menyebut kaum Bajau sebagai bangsa yang pertama di Sabah.

Katanya, ia pasti akan membangkit­kan semangat kaumBajaud­anmenimbul­kan kemarahan kaum lain seperti KDM yang merupakan antara bangsa asal Sabah.

“Kewujudan sesuatu kaum diSabahtid­akperlumen­afikan kewujudan kaum lain pula. Ini hanya menimbulka­n ketegangan antara kaum dan membawa satu budaya politik yang tidak sihat.

“Saya yakin Datuk Seri Anifah tidak ada sifat perkauman dalam dirinya. Malah setiausaha politik beliau, Datuk Jihek Haji Basanu juga dari kaum Bajau.

“Sebagai seorang rakyat Sabah yang berbangsa Murut, saya pasti kaum Murut menolak sekeras-kerasnya polemik perkauman sebegini. Bukan budaya Sabah untuk menilai seseorang dari sudut kaum,” katanya.

Beliau berharap rakyat Sabah menolak sekerasker­asnya budaya politik yang kurang sihat itu.

Katanya politik sepatutnya membawa penyatuan rakyat untuk kemajuan dan bukan memecah-belahkan rakyat dan membinasa masyarakat.

Saya tidak lihat apa-apa elemen perkauman dalam istilah Sabah tulen. Apa yang jelas, istilah Sabah tulen yang dimaksudka­nnya merujuk kepada warganegar­a yang sah dan mereka yang asal usulnya dari Sabah. ”

DATUK RAIME UNGGI Ahli Parlimen Tenom

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia