Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin BN harus terus dekati rakyat

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Pemimpin Barisan Nasional (BN) di semua peringkat harus terus mendekati rakyat, kata Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau berkata walaupun usaha sedemikian sudah sekian lama dilakukan tetapi perlu diteruskan kerana ia penting untuk menentukan rakyat terus menyokong parti dan kerajaan.

“Usaha mendekati rakyat dan perpaduan erat yang ditunjukka­n kalangan pemimpin BN akan meyakinkan pengundi,” katanya pada Majlis Kenduri Rakyat di Kampung SungaiSung­ai, Paitan pada Sabtu.

Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berpuas hati dengan kerjasama yang sentiasa kental sejak sekian lama dalam kalangan parti komponen BN.

Menurutnya­perpaduane­rat antara pemimpin parti dan parti-parti dalam komponen penting untuk kejayaan BN pada pilihan raya umum (PRU) nanti. Katanya sebarang perbezaan yang wujud hendaklah diketepika­n.

“Agenda yang lebih besar adalah untuk pastikan BN kekal sebagai kerajaan dan rakyat terus menikmati pembanguna­n yang dikehendak­i selepas PRU nanti.

“Kita harus mengelak pembangkan­g meraih lebih banyak undi kerana perbalahan dalaman partiparti kerajaan,” katanya.

Menurutnya parti pembangkan­g tidaklah sekuat mana tetapi ia bukan pengukur kepada BN untuk tidak bekerja keras pada PRU nanti.

Beliau berkata tumpuan harus diberikan untuk memastikan BN menang dengan majoriti besar khususnya di Parlimen Beluran bagi memastikan kesinambun­gan pembanguna­n di kawasan ini.

Turut hadir, Ketua Pemuda Umno Beluran Samad Jamri dan Ketua Wanita Umno Beluran Endang Datu Asibi.

 ??  ?? RONALD bersalaman dengan penduduk kampung.
RONALD bersalaman dengan penduduk kampung.
 ??  ?? RONALD (tiga kanan) bersama Samad di Kenduri Rakyat Kampung Sungai-Sungai.
RONALD (tiga kanan) bersama Samad di Kenduri Rakyat Kampung Sungai-Sungai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia