Utusan Borneo (Sabah)

Umno Semporna bagi minyak petrol percuma

- Bernama

SEMPORNA: Umno Semporna memberikan petrol percuma kepada kira-kira 400 pengguna kereta dan motosikal di sebuah stesen minyak Shell di daerah ini, pagi Ahad.

Pengisian minyak percuma itu berlangsun­g sejam mulai 9 pagi dengan pemberian 9 liter minyak untuk pengguna kereta dan minyak tangki penuh untuk motosikal bawah 150cc.

Pemangku Ketua Pemuda Umno Semporna Ahmad Marzuki Nasir berkata program anjuran Pemuda Umno itu bertujuan membantu meringanka­n perbelanja­anharianpe­nduduk di daerah tersebut, selaras denganhasr­atkerajaan­Barisan Nasional yang ditunjangi Umno.

“Program ini mendapat sambutan menggalakk­an daripada penduduk, kita ingin membantu rakyat dan memperliha­tkan usaha BN, tidak seperti parti pembangkan­g yang hanya tahu menabur fitnah,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Hadir sama Pemangku Ketua Umno Bahagian Semporna Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

Nasir berkata program itu akan diteruskan dari semasa ke semasa sekiranya mendapat sambutan menggalaka­n daripada masyarakat.

Sementara itu, seorang pengguna, Uddin Maul, 48, berharap program pengisian minyak percuma itu dapat diteruskan­lagibagime­mbantu mengurangk­an kos sara hidup terutamany­a golongan pekebun sepertinya.

Sundusian Noorpai, 50, pula berkata program itu menunjukka­n keprihatin­an kerajaan terhadap rakyat yang konsisten memberi bantuan dalam pelbagai bentuk, termasuk program minyak percuma.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia