Utusan Borneo (Sabah)

Majlis perjumpaan wujudkan hubungan lebih mesra

-

TONGOD: Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Masiung Banah berkata majlis perjumpaan pemimpin dengan ketua jabatan, pemimpin masyarakat serta pemimpin persatuan dan kelab belia di daerah ini dapat mewujudkan hubungan lebih mesra antara satu sama lain.

Katanya, melalui majlis seperti itu, apa juga pemasalaha­n yang dihadapi dapat diselesaik­an secara bersemuka melalui perbincang­an dari hati ke hati.

“Ini juga memudahkan kita untuk melaksana sesuatu urusan dengan lebih cekap dan berkesan,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Perjumpaan Khas pemimpin dengan pemimpin masyarakat, pemimpin persatuan dan kelab belia serta ketua jabatan dan agensi kerajaan yang diadakan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Tongod.

Masiung yang juga Adun Kuamut turut memuji langkah yang diambil oleh Pejabat Daerah Tongod yang berjaya menghimpun­kan semua pemimpin masyarakat termasuk belia dan ketua jabatan untuk berinterak­si antara satu dengan lain.

“Apabila kita saling mengenali, yang pastinya kemesraan itu akan timbul. Saya lebih suka bercakap soal sikap kekeluarga­an dalam kepimpinan tidak kiralah dengan pemimpin politik, ketua jabatan, pemimpin masyarakat atau pun sebagainya.

“Kerana kita mahu bergerak bersama dalam suasana kekeluarga­an. Tidak elok bagi kita mempersoal­kan kelemahan di media sosial sebaliknya dibincangk­an dalam majlis seumpama ini sebagai sebuah keluarga besar dengan lebih profesiona­l, iaitu keluarga dalam pentadbira­n Daerah Tongod,” katanya.

Pada majlis itu, sesi soal jawab antara pemimpin, wakil jabatan dan agensi Daerah Tongod turut diadakan.

Masiung berkata tujuan melibatkan para pemimpin persatuan dan kelab belia adalah untuk memperkasa orang muda agar bersiap siaga kerana pemimpin yang ada pada hari ini tidak akan selama-lamanya memegang tanggungja­wab itu.

“Kita beri mereka kepercayaa­n untuk menerajui persatuan dan kelab belia yang bertujuan mendedahka­n mereka kepada maklumat yang lengkap berkaitan perjuangan kita dalam memajukan daerah ini,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Pegawai Daerah Robert Stidi, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbira­n) Willy Lampaki, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Kuamut Laising Podok dan Ketua Daerah OKK Hashim Omar.

 ??  ?? MASIUNG bersalaman dengan ketua jabatan, pemimpin masyarakat dan belia sejurus tiba di majlis itu.
MASIUNG bersalaman dengan ketua jabatan, pemimpin masyarakat dan belia sejurus tiba di majlis itu.
 ??  ?? MASIUNG (duduk, tengah) serta Robert bergambar bersama ketua-ketua jabatan, pemimpin masyarakat dan belia selepas majlis itu.
MASIUNG (duduk, tengah) serta Robert bergambar bersama ketua-ketua jabatan, pemimpin masyarakat dan belia selepas majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia