Utusan Borneo (Sabah)

Kereta peronda polis terbabas kejar suspek curi kabel

-

BAGAN SERAI: Dua anggota polis terselamat apabila sebuah kereta peronda polis yang mereka naiki terbabas setelah dihimpit sebuah kereta sewaktu adegan mengejar pencuri di persimpang­an lampu isyarat Simpang Tiga, Parit Buntar awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata dalam kejadian 4.15 pagi, dua anggota polis berpangkat koperal telah menerima maklumat awam mengatakan ada sebuah kereta jenis Proton Wira sedang mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) di Jalan Siakap, di sini.

Katanya dua anggota berkenaan menaiki kereta peronda jenis Proton Inspira menuju ke lokasi aduan, namun setibanya di sana, kereta mereka hampir dirempuh sebuah kereta dinaiki empat suspek yang cuba melarikan diri ke Pusat Bandar Bagan Serai.

“Kereta suspek terus memecut melalui Jalan IpohButter­worth menghala ke arah Pusat Bandar Parit Buntar, manakala kereta peronda dinaiki anggota polis bertindak mengekorin­ya sambil meminta bantuan tambahan anggota Unit Kereta Peronda (MPV).

“Ketika menghampir­i persimpang­an lampu isyarat Simpang Tiga, Parit Buntar, kereta suspek bertindak menghimpit kereta peronda berkenaan sewaktu cuba dihentikan anggota polis terbabit, lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sebelum melanggar penghadang jalan,” katanya kepada media sewaktu meninjau keadaan kereta peronda itu di Pejabat Bahagian Trafik dan Ketenteram­an Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Ahad.

Omar Bakhtiar berkata kesan kemalangan itu menyebabka­n kereta peronda dinaiki dua anggota polis MPV berkenaan mengalami kerosakan di bahagian bonet belakang, lampu belakang, cermin belakang serta tayar dan rod tayar belakang pecah dan patah.

Menurutnya kedua-dua anggota polis berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kereta suspek jenis Proton Wira, berwarna hijau gelap dan nombor pendaftara­n tidak dapat dilihat kemudianny­a melarikan diri menghala ke Jalan Taiping, Parit Buntar.

“Polis mengenal pasti empat suspek menaiki kereta itu merupakan lelaki Melayu, berumur lingkungan 20 hingga 25 tahun, berbadan kecil dan berpakaian gelap,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia