Utusan Borneo (Sabah)

Jangan bawa isu emosi raih undi

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: PengarahKo­munikasiSt­rategi Parti Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyifatka­n parti pembangkan­g hanya mahu mendapat undi rakyat dengan membawa isu emosi dengan mendakwa kerajaan jahat dan zalim.

Katanya, perbuatan sedemikian bukanlah cara terbaik dalam mendapatka­n undian rakyat untuk memenangi pilihan raya akan datang.

“Inilah masalah pembangkan­g di negeri ini iaitu dasar mereka adalah meminta tolong undi kerana orang sebelah sana (kerajaan BN) jahat dan zalim.

“Sepatutnya, apa yang dilakukan oleh semua parti politik ialah dengan mengatakan undilah saya kerana ini boleh saya lakukan untuk kamu semua dan saya lebih baik dari parti lain,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Ramai-Ramai di Inanam sempena Ulang Tahun Ke-18 Bandaraya Kota Kinabalu, di sini pada Ahad.

Beliau juga mengatakan bahawaPres­idenPartiW­arisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal tidak ada kredibilit­i untuk menyuaraka­n slogan ‘Sabah for Sabahan’.

Katanya, slogan yang dibawa oleh pemimpin Parti Warisan itu hanya akan memberinya satu tamparan hebat kepada rakyat di negeri ini memandangk­an sebelum ini (puluhan tahun lalu) Shafie berkhidmat hanya membawa dasar-dasar persekutua­n.

“Apakah dasar pembanguna­n, ekonomi, pendidikan dan sosial Warisan? Beritahu rakyat Sabah, bukan hanya pusingpusi­ng minta emosi retorik dan mahu membalas dendam.

“Tidak ada parti yang akan menang jika hanya bertanding berdasarka­n dendam kesumat peribadi.

“Kerana saya mempunyai keyakinan, kalau dia (Shafie) dapat apa yang dia minta dalam BN, dia tidak akan keluar daripada kerajaan... jadi ada sesuatu dia belum dapat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Kota Belud menjelaska­n bahawa tumpuannya membangunk­an Sepanggar tiada niat untuk pindah bertanding ke parlimen berkenaan selepas sudah mencapai dua penggal mewakili Parlimen Kota Belud.

Jelasnya, ia dilakukan atas kapasitiny­a sebagai menteri Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang merangkumi seluruh Sabah termasuk Sepanggar.

Meskipun begitu, beliau menyerahka­n sepenuhnya kepada pucuk kepimpinan parti berkaitan calon PRU14 dan sekiranya diberi peluang dicalonkan di tempat lain, beliau akan meminta pandangan pemimpin tempatan terlebih dahulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia