Utusan Borneo (Sabah)

Ibu tunggal disaran sertai persatuan

-

KOTA KINABALU: Ibu tunggal disaran supaya mendaftar dan menjadi ahli persatuan ibu tunggal di daerah ini agar dapat menerima pelbagai manfaat.

Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia(PITKM)Cawangan Sabah Datuk Rosimah Zakaria berkata melalui persatuan ibu tunggal itu, ahli akan dapat berkongsi maklumat sesama sendiri dalam usaha memajukan diri dan ekonomi masing-masing..

“Persatuan ini juga mampu memudahkan­paraibutun­ggal untuk terlibat berbincang dan bertukar-tukar fikiran dalam menentukan hala tuju masingmasi­ng agar tidak terbelengg­u oleh masalah kemiskinan atau berasa rendah diri disebabkan kekurangan dalam hidup.

“Kita juga berharap ibu tunggal di kawasan luar bandar dalam pedalaman yang belum menyertai persatuan ini supaya dapat mendaftar dengan persatuan ini.

“Melalui persatuan dapat memudahkan para ibu tunggal terlibat berbincang dan bertukar-tukar fikiran dalam menentukan hala tuju masing-masing,” katanya pada Mesyuarat Agung PITKM Cawangan Sabah di Sembulan, di sini pada Sabtu.

Majlis perasmian disempurna­kan oleh Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid. Seramai 123 perwakilan ahli PITKM Sabah menghadiri menyuarat itu.

Rosimah berkata pembelaan kerajaan ke atas golongan wanita terutama ibu tunggal bukan bersifat retorik dan bermusim. Kerajaan sentiasa membela golongan ibu tunggal malah wanita secara keseluruha­n sejak dulu lagi.

“Sejak merdeka, kerajaan BN sentiasa mengiktira­f peranan wanita dalam politik dan ekonomi, malah memberi mereka peranan penting dalam pentadbira­n negara. Soal kebajikan, pendidikan dan pembanguan ekonomi golongan ini juga sentiasa dititikera­tkan dengan adanya pelbagai program yang dianjurkan oleh kerajaan,” katanya.

Katanya, melalui persatuan ibu tunggal itu, para ahli akan dapat bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan serta boleh mendapat khidmat nasihat berhubung masalah yang dihadapi dengan jawatankua­sa persatuan atau ahli persatuan.

Tambahnya ibu tunggal juga boleh meminta bantuan dan khidmat nasihat dalam mencari penyelesai­an terhadap masalah atau kemelut yang harus didepani khususnya melibatkan kehidupan masing-masing.

 ??  ?? ROSIMAH berbincang dengan Pasang mengenai mesyuarat agung PITKM cawangan Sabah.
ROSIMAH berbincang dengan Pasang mengenai mesyuarat agung PITKM cawangan Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia