Utusan Borneo (Sabah)

80 penduduk terima sumbangan Adun Tanjung Papat

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Seramai 80 penduduk PPR Taman Harmoni yang juga pengundi Tanjung Papat telah menerima sumbangan daripada Timbalan Ketua Menteri yang juga Adun Tanjung Papat Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah.

Sumbangan berbentuk barangan dapur itu disampaika­n kepada para penerima ketika Program Jalinan Ukhwah #BersamaRay­mond di Dewan PPR Taman Harmoni, di sini pada Sabtu.

Menurut Raymond, para penerima sumbangan itu merupakan pengundi Tanjung Papat yang dahulunya pernah tinggal di Kampung Melayu Bumiputera termasuk mangsa kebakaran yang berlaku di kampung itu pada tahun lalu.

Objektif program Jalinan Ukhwah #BersamaRay­mond itu diadakan adalah untuk mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m dengan pengundi Tanjung Papat agar mereka tidak tersisih daripada pandangan pemimpin.

“Walaupun sekarang mereka tinggal di kawasan PPR Taman Harmoni Sandakan, namun saya tidak mahu hubungan silaturahi­m yang sudah terjalin sejak dahulu lagi terputus begitu sahaja. Oleh itu, program ini dilaksanak­an demi mengekal dan mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m itu,” jelasnya ketika berucap pada program itu.

Turut hadir, Pegawai Perhubunga­n Pejabat Adun Tanjung Papat Datuk Henry Hung, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Tanjung Papat Wong Chee Kiat, wakil Majlis Perbandara­n Sandakan Nohar Bahar, Pemaju Mukim Tanjung Papat Shaiful Bahari Haji Muin, Ahli Majlis Perbandara­n Sandakan Ang Lian Hook dan Penasihat Jobs & You Resources Centre Henly Liew.

 ??  ?? RAYMOND bersama para penerima sumbangan pada Program Jalinan Ukhwah #BersamaRay­mond.
RAYMOND bersama para penerima sumbangan pada Program Jalinan Ukhwah #BersamaRay­mond.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia