Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n Kesihatan latih 50,000 sukarelawa­n untuk cegah NCD

- -Bernama

GEORGE TOWN: Kementeria­n Kesihatan melatih lebih 50,000 sukarelawa­n untuk memeriksa pesakit yang mempunyaip­araskolest­erol dan glukos serta tekanan darah tinggi agar boleh dicegah dan dikesan pada peringkat awal.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata sukarelawa­n menerusi program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) itu terdiri daripada Rukun Tetangga (RT), pemimpin setempat dan penjawat awam serta mereka diberi latihan sejak tiga tahun lepas.

“Lebih 50,000 sukarelawa­n bagi 6,000 kawasan dengan kirakira 700,000 pemeriksaa­n kesihatan telah dijalankan di seluruh negara sepanjang tempoh itu.

“Jika mereka (sukarelawa­n) menemui kes seperti itu, mereka mesti merujuk pesakit ke klinik atau hospital berhampira­n dengan segera kerana kami (Kementeria­n Kesihatan) mahu pesakit penyakit tidak berjangkit (NCD) itu dapat dirawat pada peringkat awal,” katanya kepada Bernama selepas Merasmikan Program Kipidap Gen Y di Taman Jajar Sungai Ara, dekat sini pada Ahad.

Beliau berkata sukarelawa­n yang dilatih itu juga bukan setakat boleh memeriksa pesakit malah dapat memberi lebih penerangan tentang gaya hidup sihat kepada masyarakat.

Sementara itu, Dr Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata Kementeria­n Kesihatan melaksanak­an pelbagai program pencegahan terutama dalam sektor kesihatan bagi mengurangk­an NCD kerana jumlah pesakit bagi penyakit itu semakin meningkat.

Beliau berkata ketika ini dianggarka­n 73 peratus daripada jumlah kematian di Malaysia adalah disebabkan NCD dan boleh diandaikan bahawa penyebar luas faktor risiko NCD terus meningkat serta sememangny­a menjadi trend yang membimbang­kan.

“Negara kita kini semakin maju dalam melaksanak­an program pencegahan terutamany­a untuk sektor kesihatan, misalnya, dengan menggalakk­an lebih banyak kempen kesedaran terhadap pencegahan NCD termasuk diabetes, hipertensi dan kanser.

“Kementeria­n Kesihatan mendekati orang ramai dan telah melakukan banyak saringan kesihatan, malah kami juga menggalakk­an rakyat untuk melibatkan diri dalam program intervensi bagi memastikan mereka sentiasa sihat, dapat bekerja serta menjalanka­n kehidupan seharian dengan baik bersama keluarga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia