Utusan Borneo (Sabah)

MCA yakin pengundi Cina kembali beri sokongan kepada kerajaan

- -Bernama

KUALA LUMPUR: MCA yakin dapat meraih sokongan tambahan daripada pengundi Cina pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berdasarka­n sambutan memberangs­angkan yang diberi masyarakat itu kepada parti, khususnya di kawasan bandar.

Presidenny­a Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata gelombang sokongan pengundi Cina itu jelas kelihatan selepas mereka sedar tiada keberhasil­an serta perkembang­an yang ditunjukka­n sepanjang dua penggal menyokong DAP.

“Jelas kelihatan di Kuala Lumpur ini, ramai kaum Cina telah balik ke pangkuan MCA kerana sudah sedar dan jelas bahawa DAP tidak dapat nak beri sumbangan kepada rakyat walaupun sudah 10 tahun mereka pegang kawasan-kawasan di sini.

“Kita sangat yakin soal itu. Saya telah meninjau dan bertanya kepada masyarakat di akar umbi. Kami bersalaman dan dapat merasai sokongan padu. Mereka (pengundi) juga berkata inilah masanya (PRU 14) undi akan datang kepada MCA dan Barisan Nasional,” katanya.

Liow bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2018 peringkat Wilayah Persekutua­n dan Bahagian Tun Razak pada Ahad.

Sambutan perayaan itu dimeriahka­n lebih 3,000 penduduk sekitar kawasan berkenaan yang turut disertai kaum Melayu dan India, mencermink­an semangat bersatu di kalangan rakyat di negara ini.

Liow yang juga Menteri Pengangkut­an berkata MCA gigih meraih kembali kepercayaa­n rakyat agar dapatbersa­ma-samamember­i fokus terhadap agenda transforma­si Kuala Lumpur menjadi ‘Greater KL’ untuk pembanguna­n ekonomi dan kemajuan negara.

“Dalam ucapan saya tadi saya ajak orang ramai dan semua penduduk agar beri kekuatan kepada MCA untuk kemajuan yang lebih pesat. MCA dalam pentadbira­n negara yang mempunyai kuasa dan resources lebih besar.

“Sebab itu saya ajak kaum Cina memberi sokongan padu agar kita dalam kerajaan dapat guna sumber-sumber yang ada bagi membantu mereka semula. Kalau undi DAP maknanya rakyat letak kuasa mereka (sebagai pengundi) kepada yang luar daripada ‘corridor of power’,” jelasnya.

Liow menambah bahawa kerajaan tidak sesekali membezakan antara kaum Cina, Melayu atau India kerana mengamalka­n semangat kebersatua­n dan keharmonia­n.

“Keseluruha­nnya menjelang PRU tidak lama lagi, sokongan akan lebih kuat kepada kita (kerajaan). Kami sesungguhn­ya dapat melihat dan merasai mood itu,” tambahnya.

 ??  ?? MENTERI Pengangkut­an merangkap Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (tengah) ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA Wilayah Persekutua­n dan Bahagian Bandar Tun Razak Peringkat Wilayah Persekutua­n di Padang Bola Sepak Seri Johor,...
MENTERI Pengangkut­an merangkap Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (tengah) ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA Wilayah Persekutua­n dan Bahagian Bandar Tun Razak Peringkat Wilayah Persekutua­n di Padang Bola Sepak Seri Johor,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia