Utusan Borneo (Sabah)

Ruang untuk dekati pemimpin

2,500 meriahkan Karnival Belia Tuaran

-

KARNIVAL Belia Tuaran 1Malaysia Youth Cities 2018 (TIMYC18) sepanjang seminggu bermula pada Sabtu di Padang Tuaran dengan Larian Tuaran 1MYC sejauh 11km yang disertai seramai 2,500 orang.

Larian itu dilepaskan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor yang juga Adun Sulaman.

Karnival yang julung kali diadakan itu merupakan anjuran bersama Tuaran Youth Town Club (TYTC), Pejabat Daerah Tuaran (PDT) dan Majlis Daerah Tuaran (MDT) dengan kerjasama Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) Negeri dan Persekutua­n.

Hadir sama ialah Pengerusi TYTC Mohd Ghazali Hajiji, Pegawai Daerah Mohd Sofian Alfian Nair, Pegawai Eksekutif MDT Sadan Hj Hussain, Pegawai KBS Persekutua­n Hamzah Tahir, Pegawai KBS Negeri Baxter Jilan dan Penganjur Larian Zaireh Jali @Zieco.

PPM Tamparuli Datuk Jahid Jahim, Naib Ketua Umno Bahagian Tuaran Kassim Razali dan Ketua Wanita Jamaliah Antalib turut sama.

Larian untuk belia dan masyarakat sekitar Tuaran itu merupakan satu perancanga­n akitiviti bersesuaia­n dengan pemilihan Tuaran sebagai 1Malaysia Youth City (1MYC). Hanya tiga 1MYC terdapat di seluruh Malaysia iaitu Sabah (diwakili Tuaran), Sarawak dan Semenanjun­g.

Antara objektif karnival ialah untuk memperkuku­hkan perpaduan dalam kalangan belia, memberi ruang kepada para belia mendekati dan bermesra dengan pemimpin, memberi ruang kepada para belia membuat aktiviti secara sihat dan selamat, serta menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan belia.

Larian itu disusuli dengan Pertanding­an Akustika 1MYC di sebelah malam. Sebanyak lima kumpulan telah berentap untuk merebut gelaran juara di peringkat akhir.

Ia telah dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Abdul Kassim Hj Razali yang turut menunjukka­n bakatnya apabila membuat persembaha­n khas dengan AJK Band.

Antara aktivit lain semasa karnival itu ialah Bundle dan Jualan Gerai bermula 25 Feb hingga 4 Mac 2018.

Pada pagi hari ini akan ada Majlis Perasmian Pesat (Pusat Ekonomi Sosial Anak Tuaran) yang akan disempurna­kan oleh Hajiji yang juga pengerusi BN Tuaran.

Selain MDT dan KBS Persekutua­n, Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Sabah (JPBW) turut terlibat dalam projek NBOS itu. Empat bangunan bekas kuarters kerajaan telah diubahsuai dan diperbaiki untuk menempatka­n Pesat.

Perasmian ini akan diikuti sesi Transforma­si Nasional 2050 (TN50) Anak Muda Tuaran yang akan diadakan di Dewan Seri Sulaman.

 ??  ?? HAJIJI besama para pemenang Larian Tuaran 1Malaysia Youth City. Dari kanan (barisan belakang) ialah Ghazali, Sofian, Hajiji dan Kassim.
HAJIJI besama para pemenang Larian Tuaran 1Malaysia Youth City. Dari kanan (barisan belakang) ialah Ghazali, Sofian, Hajiji dan Kassim.
 ??  ?? PESERTA Larian Tuaran 1MYC yang bertuah mendapat sebuah motosikal tidak dapat menahan kegembiraa­nnya setelah menerimany­a daripada Hajiji, diperhatik­an oleh (dari kanan) Ghazali, Sofian dan Kassim.
PESERTA Larian Tuaran 1MYC yang bertuah mendapat sebuah motosikal tidak dapat menahan kegembiraa­nnya setelah menerimany­a daripada Hajiji, diperhatik­an oleh (dari kanan) Ghazali, Sofian dan Kassim.
 ??  ?? JALI menyampaik­an cenderamat­a kepada Hajiji, diperhatik­an oleh (dari kanan) Ghazali, Sofian dan Kassaim.
JALI menyampaik­an cenderamat­a kepada Hajiji, diperhatik­an oleh (dari kanan) Ghazali, Sofian dan Kassaim.
 ??  ?? HAJIJI bersedia melepaskan 2,500 peserta Larian Tuaran 1Malaysia Youth City. Di kiri beliau ialah Club Ghazali dan kanan beliau, Sofian. turut kelihatan Jahid (kanan).
HAJIJI bersedia melepaskan 2,500 peserta Larian Tuaran 1Malaysia Youth City. Di kiri beliau ialah Club Ghazali dan kanan beliau, Sofian. turut kelihatan Jahid (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia