Utusan Borneo (Sabah)

220 peserta dari Parlimen Mas Gading ikuti kursus penanaman cendawan tiram kelabu

-

BAU: Seramai 220 peserta dari kawasan Parlimen Mas Gading mengikuti kursus penanaman cendawan tiram kelabu di Pusat Redeems, Kampung Apar Singai dekat sini, pada Sabtu.

Anjuran Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Sarawak, kursus tersebut bertujuan berkongsi kepakaran dalam penanaman cendawan tiram kelabu secara komersial.

Perasmian kursus disempurna­kan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Anthony Nogeh Gumbek yang juga Ahli Parlimen Mas Gading.

Dalam ucapannya, Nogeh berkata industri penanaman cendawan dilihat sebagai satu tanaman yang berpotensi besar.

Malah katanya, dalam Bajet 2018, cendawan telah dikenal pasti sebagai salah satu sektor tanaman baharu yang berpotensi termasuk kelapa, nanas, jagung bijiran, durian Musang King dan sebagainya.

“Pada 2016, jumlah pengeluara­n cendawan negara adalah 4,200 tan metric. Ini bermakna Malaysia sudah ada teknologi dan usahawan yang berjaya dalam industri ini.

“Jenis cendawan yang paling banyak ditanam ialah cendawan tiram, cendawan lingzhi, cendawan jeli hitam, cendawan butang, cendawan jarum emas dan cendawan tiram raja.

“Manakala tiga lagi jenis yang berpotensi ialah cendawan jerami, cendawan abalone dan cendawan berangan,” katanya sambil menambah nilai eksport cendawan negara meningkat kepada RM67 juta pada 2010 berbanding RM12 juta pada 2000.

Nogeh berkata, umum mengetahui bahawa cendawan merupakan makanan yang berkhasiat dan semakin popular di bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara luar.

Justeru katanya, jumlah cendawan yang hendak dikeluarka­n kini bergantung kepada usahawan.

“Strategi kementeria­n untuk membangunk­an industri cendawan ini adalah untuk meningkatk­an pengeluara­n dan produktivi­ti.

“Di sinilah MARDI memainkan peranan yang penting. Terdapat lebih 80 pegawaidan­penyelidik­dengan ijazah doktor falsafah (PhD) untuk membuat penyelidik­an dalam semua bidang pertanian setiap hari,” katanya.

Sehubungan itu, Nogeh berharap menerusi kursus yang dianjurkan oleh MARDI itu akan lahirnya lebih ramai usahawan dalam bidang penanaman cendawan tiram kelabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia