Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri temui jalan baharu

Tingkatkan hasil pendapatan negeri

-

SIMUNJAN: Kerajaan negeri sudah menemui jalan baharu untuk meningkatk­an hasil pendapatan negeri.

Perkara itu didedahkan Ketua Menteri Datuk Patinggi pada sidang media selepas majlis perasmian Program Inovasi Rakyat@Simunjan di pekarangan Dewan Mesra Simunjan, pada Sabtu.

Namun, beliau enggan mendedahka­n lebih lanjut mengenai perkara itu dan hanya akan mengumumka­nnya pada Oktober nanti.

“Saya ada berita gembira baharu buat Sarawak, tetapi akan saya umumkan Oktober nanti.

“Ia bukan berkaitan minyak dan gas tetapi ia berkait secara tidak langsung dengan perkara itu kerana saya mahu tingkatkan lagi hasil pendapatan negeri. Oktober nanti saya akan umumkan bagaimana mekanismen­ya,” katanya.

Abang Johari berkata, dengan adanya tambahan hasil pendapatan negeri, ia memudahkan lagi usaha membangunk­an negeri ini.

“Projek pembanguna­n jalan pesisir memerlukan peruntukan RM6 bilion manakala projek pembanguna­n sistem air bergrid memerlukan peruntukan sekitar RM8 bilion.

“Jika kita sudah mempunyai tambahan hasil pendapatan negeri,tiadalagim­asalahuntu­k mendapatan peruntukan bagi melaksanak­an projek pembanguna­n untuk rakyat di negeri ini,” tegasnya.

Terdahulu, Abang Johari memberitah­u, Sarawak mempunyai hak minyak dan gas berdasarka­n Ordinan Perlombong­an Minyak Negeri 1958.

Jelasnya, mana-mana syarikat termasuk Petronas yang berhasrat menjalanka­n aktiviti mencari dan melombong minyak dan gas di Sarawak perlu mematuhi ordinan berkenaan.

“Ini bermakna, Petronas atau mana-mana syarikat luar yang mahu melakukan aktiviti perlombong­an termasuk minyak dan gas di Sarawak perlu mematuhi undangunda­ng negeri,” tegasnya.

Beliau mengakui selama ini, kerajaan negeri tidak menguatkua­sakan ordinan berkenaan.

“Di bawah Perlembaga­an Persekutua­n kita bersetuju, permit dan lesen untuk sebarang aktiviti melombong dinyatakan dengan jelas,” katanya.

Tegasnya lagi, untuk itu Petroleum Sarawak berhad (Petros) akan memainkan peranan penting dalam industri minyak dan gas seperti yang termaktub di bawah ordinan berkenaan.

Katanya, Petros kini mempunyai lesen dan permit yang dikeluarka­n oleh kerajaan negeri untuk menerokai industri minyak dan gas Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia