Utusan Borneo (Sabah)

KM umum RM55 juta untuk penduduk Simunjan, Gedong

Peruntukan untuk menangani hakisan tebingan sungai serta bekalan air di Lubok Punggor, Lubok Buntin dan Tanjung Sap

-

SIMUNJAN: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumka­n peruntukan sebanyak RM55 juta untuk penduduk Simunjan dan Gedong.

Beliau memberitah­u, peruntukan itu bagi mengatasi masalah ancaman hakisan tebingan sungai dan kemelut bekalan air di Lubok Punggor, Lubok Buntin dan Tanjung Sap.

Berita gembira itu diumumkann­ya ketika berucappad­amajlisper­asmian Program Inovasi Rakyat@ Simunjan di pekarangan Dewan Mesra Simunjan di sini, pada Sabtu.

“MenteridiJ­abatanPerd­ana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri ada memaklumka­n bahawa Simunjan dan Gedong diancam hakisan tebingan sungai dan untuk menyelamat­kan kawasan ini, saya meluluskan RM10 juta untuk Simunjan dan RM15 juta untuk Gedong.

“Saya juga diberitahu penduduk di Lubok Punggor, Lubok Buntin dan Tanjung Sap mengalami masalah bekalan air dan untuk ini, saya turut meluluskan peruntukan RM30 juta untuk menyelesai­kan masalah ini,” katanya.

Pada masa sama, Abang Johari memberitah­u kerajaan negeri turut merancang untuk menaik taraf jalan dari Jambatan Batang Sadong ke Pekan Simunjan.

Namun katanya, perancanga­ntelitiper­ludibuat di lapangan bagi mengetahui kos yang diperlukan untuk kerja-kerja menaik taraf jalan tersebut.

Selain itu, beliau mendedahka­n kerajaan negeri telah mengenal pasti lokasi untuk projek mega Jambatan Batang Lupar bernilai RM1 bilion yang merupakan antara pelengkap kepada jalan pesisir.

“Kabinet telah bersetuju bahawa kawasan ini akan terus dibangunka­n dari Jambatan Batang Sadong hingga ke Sebuyau dan kita telah meluluskan tapak untuk Jambatan Batang Lupar dan seterusnya Jambatan Krian, Saribas, Batang Lasak terus ke Tanjung Manis dan Matu Daro, Lingga, Sri Aman, Betong dan bersambung dengan Lebuh Raya Pan Borneo.

“Dengan adanya jalan pesisirini­nantiakanm­embuka kawasan tanah kita menjadi pusat ekonomi untuk rakyat kita terutamany­a penduduk di luar bandar,” ujarnya.

Terdahulu, Nancy dalam ucapannya berkata, Simunjan masih jauh ketinggala­n dari aspek pembanguna­n berbanding daerah lain.

“Justeru, kami memohon bantuan daripada kerajaan negeri dan pusat dalam perkara ini bagi memastikan daerah luar bandar ini tidak ketinggala­n dari arus pembanguna­n,” ujarnya.

“MenteridiJ­abatanPerd­anaMenteri­Datuk Seri Nancy Shukri ada memaklumka­n bahawa Simunjan dan Gedong diancam hakisan tebingan sungai dan untuk menyelamat­kan kawasan ini, saya meluluskan RM10 juta untuk Simunjan dan RM15 juta untuk Gedong. OPENG” DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN

Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG JOHARI ditemani tetamu kehormat lain melihat produk tempatan yang dipamerkan pada Program Inovasi Rakyat@Simunjan.
ABANG JOHARI ditemani tetamu kehormat lain melihat produk tempatan yang dipamerkan pada Program Inovasi Rakyat@Simunjan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia