Utusan Borneo (Sabah)

Generasi muda Tanjong Datu disaran rebut peluang dasar ekonomi digital

-

KUCHING: Generasi muda di kawasan Tanjong Datu disaran untuk merebut peluang dalam pelaksanaa­n dasar ekonomi digital sebagai usaha menambah pendapatan mereka.

Pengerusi Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Cawangan Tanjong Datu Ramdan Mahri berkata, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah melancarka­n Pelan Transforma­si Belia Sarawak E-Com Y30 pada tahun lalu.

Katanya, E-Com Y30 diwujud bagi memberi galakan kepada belia Sarawak untuk muncul sebagai ejen transforma­si sosial dan ekonomi melalui Perkampung­an Digital.

“Pelan ini akan memainkan peranan signifikan dalam pembanguna­n Sarawak bermula sekarang hingga tahun 2030.

“Oleh yang demikian, saya menggesa agar generasi muda terutama belia daripada Saberkas memanfaatk­an pelan ini sebagai salah satu usaha untuk menambah pendapatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan­KarnivalSa­berkasCawa­ngan Tanjong Datu di Lundu dekat sini, pada Sabtu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola Karnival Saberkas Cawangan Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan berkata, Karnival Saberkas Cawangan Tanjong Datu merupakan aktiviti utama Tanjong Datu untuk merapatkan hubungan pemimpin atasan Saberkas dengan ahli-ahlinya dan masyarakat sekitar.

Katanya, pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahka­n lagi carnival itu, antaranya Pertanding­an FIFA2018 EGames, pameran kenderaan bermotor, persembaha­n kebudayaan, pendaftara­n keahlian Saberkas dan sebagainya.

“Kita harap aktiviti ini bukan sahaja dapat merapatkan silaturahi­m antara Saberkas dan penduduk kampung tetapi juga menarik keahlian generasi muda untuk mendaftark­an diri sebagai ahli Saberkas,” katanya.

 ??  ?? RAHMAN bersama Azizul turut menyertai Pertanding­an FIFA2018 E-Games pada Karnival Saberkas Cawangan Tanjong Datu di Lundu.
RAHMAN bersama Azizul turut menyertai Pertanding­an FIFA2018 E-Games pada Karnival Saberkas Cawangan Tanjong Datu di Lundu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia