Utusan Borneo (Sabah)

Perkeso gesa pekerja titik berat keselamata­n jalan raya

Kerjasama akan terus dijalin dengan JKJR, JPJ dan PDRM untuk mengurangk­an kes kemalangan jalan raya: Phillip

-

MIRI: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) mahu orang awam di sini terutama pekerja menitikber­atkan aspek keselamata­n ketika di jalan raya.

Pengarah Perkeso Sarawak, Phillip Sangkan berkata mereka bekerjasam­a dengan Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengurangk­an kemalangan jalan raya.

“Statistik menunjukka­n peningkata­n sebanyak 99 kes pada 2016 daripada 29 kes pada 2015 dan 69 kes pada Januari hingga Oktober tahun lalu.

“Pada tahun lalu, Perkeso membayar RM3.8 juta pampasan untuk 1,089 kemalangan dan kes kematian di Miri,” katanya ditemui di sini, pada Saabtu.

Terdahulu, Philip menyampaik­an bantuan dan pampasan kepada pencarum, Sity Siga yang terlantar dan tidak dapat bekerja kerana masalah sendi dan anggota badan yang lemah dan Robert Abang mengalami kemalangan di tempat kerja.

Dalam perkembang­an berkaitan,Philipmemb­eritahu portal Automated SOCSO Integrated System (ASSIST) akan memudahkan transaksi antara pekerja dan majikan.

“Berdasarka­n rekod sehingga November tahun lalu, seramai 5,708 majikan aktif dengan 92,401 pekerja aktif di Miri. Sejak diperkenal­kan, ia mendapat sambutan yang menggalakk­an daripada majikan di sini dan seluruh negeri,” katanya.

Katanya, majikan perlu menggunaka­n portal

“Padatahunl­alu,Perkesomem­bayarRM3.8 juta pampasan untuk 1,089 kemalangan dan kes kematian di Miri. ” PHILLIP SANGKAN Pengarah Perkeso Sarawak

untuk urusan pendaftara­n, mengemas kini rekod dan pembayaran caruman bulanan.

“Perkeso tidak lagi mengeluark­an borang jadual caruman bulanan (Borang 8A) kepada majikan seperti kelaziman sebelum ini. Semua urusan kini dilaksanak­an menerusi portal ASSIST Perkeso,” katanya.

 ??  ?? PHILIP (dua kanan) menyampaik­an alat bantuan berjalan kepada ayah Sity, kelihatan sama Griffin (kanan) di Miri.
PHILIP (dua kanan) menyampaik­an alat bantuan berjalan kepada ayah Sity, kelihatan sama Griffin (kanan) di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia